Wednesday, 22 February 2012

Evening Primrose Oil

Assalamualaikum bloggers.. :)


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi diberi kesihatan dan kecantikan yang dianugerahkan-Nya dan kita masih berpeluang menikmati keindahan dan kenikmatan dunia yang serba indah nie.Okay,untuk entry hari nie i just nak share dengan you all serba sedikit tentang kebaikan 
"EVENING PRIMROSE OIL (EPO)"
i amalkan makan EPO nie since last six month..after so many recommendations from my friends.katanya bagus untuk kesihatan dalaman wanita.huhu..biasa lah i nie kan pantang kawan-kawan recommend product semua nya nak cuba.lagi-lagi bila bakal jadi isteri orang nie kan.of coz lah nak cantik-cantik depan suami nanti..(hehe..gedik pulak..tapi realitinya memang betol isteri wajib berhias depan suami..itu tanggungjawab!) So far,since i amalkan makan EPO nie memang okay and nampak different lah..
you all nak tau,kena lah try =)


Apakah Evening Primrose Oil (EPO)?? apa yang i tahu,EPO nie sejenis supplement.sangat bagus untuk diamalkan oleh kaum wanita.banyak benefitnya..:) Dekat mana nak beli EPO nie? Di pasaran sekarang nie,banyak jenis and brand EPO yang kita boleh dapatkan.dekat farmasi-farmasi macam Guardian,Watson, or Vitacare pun ada.i choose brand Naturalle.yang ade bunga kuning kat botol tuh..hehe..Normally,i beli kat Watson and Guardian je.mane-mane pun boleh.yang penting function dia same.EPO nie ada kandungan yang berbeza,ada 500mg,600mg dan 1000mg.Untuk EPO 500mg dan 600 mg,sehari kena makan 2 biji.Kalau yang 1000mg sehari just makan sebiji dah memadai..=) 


Kalau nak lagi bagus,ambik EPO yang kandungannya ada Omega-3 (minyak ikan kod).i rase ramai yang tahu kelebihan asid lemak Omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia.Selain dari mengurangkan risiko barah dan jantung,Omega-3 nie boleh cerdaskan minda,meningkatkan tahap kesihatan dan melambatkan proses penuaan.




Kebaikan Evening Primrose Oil (EPO)
  • Membantu mengawal atur kitaran haid
  • Melegakan Sidrom Sebelum Haid (PMS) -iritasi,sakit kepala,sakit payudara dan senggugut
  • Mengurangkan simpton putus haid - panas badan,peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat,muda berseri - bermanfaat lepada kulit yang kering,berumur atau berminyak
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
  • Wajah kelihatan berseri-seri dan mengurangkan jerawat

Before i amalkan EPO nie,i try carik info sebanyak mungkin pasal kelebihan pengambilan EPO nie.Actly,kandungan Gamma-Linolenic Acid (GLA) dalam EPO yang paling berkesan.GLA sangat penting untuk kulit.Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA.Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.




"LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO).GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup.Evening Primrose Oil (EPO) ini juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi.

Berdasarkan kajian,menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan,meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.


"Evening Primrose Oil (EPO),meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus,menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus,ketengangan 19.2 peratus,keletihan 22.2 peratus,kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus.Evening Primrose Oil (EPO) boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia,kosmetik, pendingin udara dan asap rokok "


 *        *      *       *


Sekadar berkongsi :)

Wanita solehah hanya berhias dan mempamerkan kecantikkannya hanya untuk suaminya.Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan wangi.Dalam sebuah riwayat diceritakan :

" Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita.Baginda menjawab : Yang menyukakan kamu apabila memandangnya.Apabila disuruh,dia patuh,menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu " - Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang remeh perkara ini.Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan suami dalam keadaan kusut masai,berbau,pakaian compang-camping dan sebagainya.lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada di rumah.

Sebaliknya apabila hendak keluar rumah,mereka berhias secantik mungkin untuk dipamerkan kepada lelaki yang tidak berhak melihatnya.Ini bukan sahaja tidak wajar,malah mengundang dosa besar dan musibah terhadap keharmonian rumah tangga muslim.

                                                     
-Hunnybee’s -

5 comments:

  1. so after sis mkn EPO ni ade ape2 perubahan x? coz sy amik EPO naturelle gk tp salu skip2..huhu..juz skrg ni baru terasa nk amik berterusan..

    ReplyDelete
  2. saya google search cari tntang EPO ni., and sya jumpa 1 blog lain yg sya rsa copy paste ur words

    http://lynaelena.blogspot.com/2013/04/evening-primrose-oil.html

    i used keywords 'makan evening primrose oil'

    ReplyDelete
  3. @Marz Sya hye awak!
    thanks..a'ah saya dah baca blog entry that person..yups! definitely same :) aii...boleh pulak..copy paste sebijik..aihh!!

    ReplyDelete
  4. erm..pelik je nk copy paste blog org. sebijik plak tu. ntah2 die x makan pun EPO tu..

    ReplyDelete
  5. hahaha...that person memang mengaku yang die copy paste entry nie dari blog i...dah tak de idea sangat kot nak buat ayat...huhu ~

    ReplyDelete