Thursday, 26 April 2012

Arokaya - Thai Massage Centre

You all pernah pergi Thai Massage Centre tak sebelum nie? No? Okay,untuk entry nie i nak share my experience going for massage centre there :)

i pergi massage centre dekat Arokaya Health Centre,Aeon Jusco AU2,Setiawangsa..senang je kalau you all nak carik sebab kedai dia betol-betol depan excalator 1st floor.Ada satu branch lagi nearby at that's in Ampang Point Shopping Centre.dekat sangat-sangat dengan rumah i..hehe..tapi i saje gedik nak pergi Jusco Setiawangsa tuh sebab dah satu jalan dengan my ofice.so,on the way balik kerja terus je la singgah...

If you all nak tahu,ini 1st experience i mengurut selama 25 years langsung tak pernah mengurut kot..hehe..Actly,takut jugak bila officemate recommend tempat nie.First,memang dah fikir bukan-bukan dah yela mana tak nya..thai massage kot.seramm...!! hahaha..Arokaya Health Centre nie tak de unsur-unsur pelacuran dan whatever yang kita selalu dengar dan tgk kat tv tuh.Tukang urut kat sini bertauliah dan terlatih.dorang semua berpakaian sopan tau..cume pelik sikit dorang hanya faham bahasa Thailand je..haha..so,susah sikit nak communicate dengan dorang nie..

Arokaya Health Centre offers types of massage namely Foot Reflexology starting as low as RM30/30 mins.Ada jugak head & back massage,thai tradisional massage and also Thai Herbal Hot Pack Massage.They are opened daily from 10.00am - 10.30pm.On weekends,i think you all might need to make an appointment first due to its popularity.

Arokaya uses a strong smelling oil for it's Foot Reflexology and Body Workout Session but bear in mind that they will not smear you all over wit it.

Kalau you all nak tahu tukang urut kat sini memang best.Cara urutan dorang memang agak unik sebab dorang akan guna siku,lutut dan kaki dorang untuk urut.Agak pelik bila dengar kan? tapi kalau you all nak tahu nie lah cara yang paling berkesan supaya ia dapat bagi tahap tekanan yang berbeza sesuai untuk bahagian yang diurut.Actly,kita boleh request kat dorang tak nak terlalu keras dan kuat sangat masa urut tuh.For beginners,you all try with lighter touches first and proceed ones on your subsequent visit.

Satu lagi teknik yang unik urutan thai nie ialah dorang menggunakan cara tolak,tarik dan bengkokkan tangan,kaki dan bahagian belakang you all pada sudut yang you all tak pernah bayangkan tapi beri kesan..pergghhh...!! lega..hilang lenguh-lenguh badan.tengok memang agak seram..tapi serius tak de pape.mybe sebab dorang nie memang tukang urut profesional.

So,you all simply need to try it first before judging.
CUBA DULU,BARU TAHU HASILNYA..!! hehehe =)

Arokaya Health Centre, Jusco AU2,Setiawangsa



nice decoration ;)



green tea :)


-Hunnybee’s -

Wednesday, 25 April 2012

Tips Menghias Pelamin dan Dewan Perkahwinan

Picture by Azika Collection

1) Pilih warna pelamin mestilah bijak dan tepat.Selain memilih warna pelamin mengikut tema majlis perkahwinan,pasangan pengantin juga perlu mengambil kira warna pelamin dengan padanan busana yang you all pakai.

2) Jangan tersalah pilih rona pelamin dan baju pengantin.Ini akan menenggelamkan ketampanan dan kecantikan pengantin yang sedang bersanding.

3) Pilihlah rona pelamin dan baju pengantin yang kelihatan kontra tetapi lebih harmoni.Nampak lebih sepadan dan terserlah kecantikan pengantin.

4) Pastikan ruang bersanding bersesuaian dengan saiz pelamin yang dikehendaki.Hiasan dan platform yang digunakan mestilah sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan sempit.

5) Andainya ruang bersanding dan pelamin you all kecil sahaja (ruang terhad) elakkan menghias pelamin dengan sarat dan elakkan juga meletak bunga pahar yang banyak di sekitar pelamin.Ini akan menambahkan lagi pelamin anda kelihatan berserabut.

6) Pastikan  pelamin you all menerima cahaya lampu yang bersesuaian.Kurang dari segi pencahayaan bukan sahaja tidak memuaskan pada kualiti gambar malahan kurang menyerlahkan pasangan pengantin yang sedang bersanding

7) Elakkan memilih pelamin pada saat-saat akhir.Ini akan menyebabkan you all melakukan banyak kesilapan memilih terutamanya dari segi harga dan kesesuaian dengan tema kerana sudah kesuntukan masa.

8) Buat 'survey' di beberapa galeri dan butik perkahwinan dan buat perbandingan harga.Pilihlah yang mana satu boleh memberi harga yang berpatutan.

9) Pemilihan kerusi di pelamin juga penting.Pastikan ia sepadan dengan pengantin.Jika salah seorang berbadan besar pastikan kerusi itu sesuai dengannya.

10) Seeloknya pilih pelamin yang boleh memberi harga pakej beserta dengan fotografi dan yang lain-lain.Memudahkan you all tidak perlu pening kepala memikirkan mengenai persiapan yang lain-lain.

11) Sebolehnya janganlah terlalu inginkan menonjolkan pelamin yang indah kerana itu bukanlah tuntutan dalam agama itu sendiri.

12) Manakala untuk hiasan dewan,pastikan ia tidak berbeza dengan tema yang telah dipilih,iaitu tema pelamin dan tema perkahwinan itu sendiri.Sama bertemakan dalam taman,tradisional dan sebagaimya.

13) Berbincang dengan perancang majlis perkahwinan lebih awal agar mereka dapat meninjau kawasan dewan supaya tidak berlaku kelam kabut pada saat-saat akhir.

14) Pastikan terlebih dahulu sama ada dewan itu menyediakan kerusi dan meja ataupun tidak.Jika tiada pastikan pihak berkenaan menyediakan segala kelengkapan itu.

15) Perlu juga pastikan jumlah kapasiti yang boleh dimuatkan dalam dewan yang telah dipilih tadi.Pastikan ia mampu menampung jumlah tetamu yang dijemput.

16) Bajet sesuatu yang amat penting dan perlu diteliti.You all dan perancang majlis perkahwinan yang merangkap penghias dewan pilihan you all harus berbincang mengenai bajet.Ini akan memudahkan perancang majlis untuk menghias dewan agar bertetapan dengan bajet.Tidak akan berlaku terlebih bajet dan terlalu kurang daripada bajet yang diberikan.

17) Perlu ada hubungkait di antara dekorasi pelamin dan dekorasi dewan perkahwinan itu sendiri.Perlu pastikan beberapa perkara iaitu :-

◕ Saiz pelamin - pastikan penghias dewan perkahwinan dimaklumkan mengenai jenis pelamin yang digunakan.Terutama dari segi saiz,warna dan tema.Agar ia tidak kelihatan janggal di antara hiasan dewan dan hiasan pelamin

◕ Bunga - mesti tahu sama ada mahu menggunakan fresh flowers ataupun bunga tiruan sahaja

◕ Perlu pastikan segala aksesori dan material yang digunakan semuanya bertepatan dengan keiginan dan kehendak you all sebagai pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.Biarlah ia menjadi majlis terindah dalam hidup you all kan..

18) Pencahayaan amat penting.Andainya dewan yang digunakan merupakan dewan tertutup perlu tekankan pada kekuatan spotlight.Walaupun ia perkara kecil tetapi impaknya amat besar.Tanpa cahaya yang baik,pelamin yang cantik dan hiasan dewan yang gah,akan kelihatan biasa-biasa sahaja.

19) Perlu pastikan kemudahan dewan itu sendiri.Dari segi tandas,ruang solat dan kemudahan tempat letak kereta.Ini untuk memudahkan tetamu datang dan tidak memberi tekanan kepada mereka mencari ruang meletak kenderaan.

20) Finally,make sure you all tidak melebihi waktu yang dibenarkan berada di dewan perkahwinan untuk mengelakkan anda dikenakan 'charge' tambahan kerana lewat mengosongkan dewan.


p/s : macam leceh je kan bersanding dekat dewan nie.kalau macam i prefer lagi bersanding kat rumah.selesa.kalau agak-agak rumah tuh tak berapa nak besar.pelamin untuk bersanding boleh buat dekat kanopi luar.tapi depends pada individu jugak kan?? terpulang dan ikut citarasa masing-masing....;')



-Hunnybee’s -

Legal document done =)

Alhamdulillah...syukur sangat-sangat satu perkara yang paling penting dah setel..yela kan kadang-kadang bride to-be nie asyik sibuk dengan persiapan kahwin sampai lupa nak uruskan borang permohonan.ehh2..! jangan main-main tau memang ada kes macam tuh.last minute buat permohonan nikah lepas tuh borang tak sempat nak proses.tapi bersanding jugak dan semuanya terpaksa proceed sebab semua dah di tempah dan kad jemputan pun dah diedarkan.kan tak elok kalau benda-benda macamnie berlaku.memang lah tetamu tak tahu.tapi tak syiokkk la mcm tuh kan....uuissssh..tak nak la! hurrmmm...last week tuesday i 'off' untuk uruskan borang permohanan nikah.menjadi sedikit problem bagi i sebab wali i jauh.my beloved brother dialah orang yang layak untuk mewalikan perkahwinan i nanti.memandangkan wali bekerja di sarawak,so i terpaksa ikut schedule my brother.last week,dia dapat cuti so i pun kena lah cuti untuk selesaikan borang permohanan nikah nie.Untuk bride to-be di Selangor ape yang i tahu time nak hantar borang permohonan perkahwinan di pejabat agama you all kena bawa bersama wali, dan 2 orang saksi.semua dokumen yang berkaitan perlu di tandatangan depan pendaftar nikah.i'm not sure negeri lain macam mana.myb lain negeri lain prosedure kot..=)

Pejabat Agama Islam Daerah Gombak






borang permohonan nie dah hampir 2 bulan my sister ambik dekat pejabat agama.tapi baru sekarang isi and proses sebab wali terikat dengan kerja.lagi pun elok lah jugak kalo borang nie hantar sekarang sebab borang permohonan nikah nie hanya valid dalam tempoh 3 bulan dari date nikah.i nikah lebih kurang 1 month lagi.so,ok lah kan..tak terlalu awal.dan tak terlalu lambat..hehe =)


ustaz da siap take note date untuk nikah i nanti 2 june after solat Asar..insyaALLAH..

Hati seronok sangat bila jumpa ustaz jiran lama i dulu.you all nak tahu tak rupanya ustaz nie lah yang akan nikah kan kami nanti.huhu..so,senang la sebab dia dah kenal i dengan family.dulu ustaz nie memang jiran sebelah rumah kot...=)


sempat lagi menyembang tuh.al-maklum lah jiran lame kot..

Lepas selesai tandatangan semua dokumen.ustaz tuh mula sembang-sembang dan tanya i macam-macam.yela..dia pun terkjut tengok i kan.dah besar panjang da pun,paling terkjut dah nak jadi isteri orang dah..dulu mula-mula kenal ustaz nie i still budak-budak sekolah...kuikui ;')


alhamdulillah...semoga segala urusan dipermudahkan..amin...




-Hunnybee’s -

Sunday, 22 April 2012

Of wedding shoes part #1

For my wedding shoes,i prefer something that i can use over and over again.so,tak lah membazir sangat kan? selalunya orang beli kasut wedding nie untuk sekali pakai je.pointy-pointy bridal looking shoes are not the one for me.i just nak yang simple sahaja for my solemnization soon.shoes for reception done by Azika Collection.Even,i nikah kat rumah pun.i nak jugak kasut.my sista said no need kasut or everything.tapi i nak jugak..mana lah tahu kan buat nye lepas nikah tuh nak bergambar pulak kat luar kan..tak kan nak pakai selipar 'jepun' kot....hehe =)

Actly,i dah beli kasut for my solemnization day soon.I bought at Johor Premium Outlet.kebetulan pulak time tuh out station JB..so,apa lagi jumpa yang berkenan terus grabbed la..hehe ;)


My wedding shoes =)

Tapi kan kasut nie i nak DIY sikit la..reben yang ada kat kasut tuh macam tak berapa sesuai sangat la..hehe..So,sekarang i tengah survey dekat mana kedai or butik yang boleh letak diamond or manik-manik dekat kasut nie..susah-susah sangat..buat sendiri pun okay jugak kan? beli je manik or diamond yang besar-besar kat kedai deco barang pengantin tuh,then gam or jahit pun boleh kan..??
penjimatan terhebat gitu you ouls...=)

i suke sangat-sangat tengok collection kat facebook dari Yunique Paradise..
Some of collection.really love it! jom cuci mata..hehe ;)

berangan nak letak manik-manik or diamond macamnie..


this one look better rite??


huhh...pening-pening semuanya cantik-cantik!


this one simple..love it !
see..this one macam i punye kasut kan?kan?kan? ;')

cuba tengok betol-betol material and design kasut nie lebih kurang sama macam i punya kasut kan? so,kalo nak jahit manik memang senang sebab material kasut nie macam kain je..



-Hunnybee’s -

Saturday, 21 April 2012

Of tudung nikah part #2

yeahhhh...finally! perihal tudung nikah i dah setel.huhu..;) setelah puas men'google' dan discuss sana-sini akhirnya i and my housemate milza suggest suruh buat sendiri je tudung untuk nikah.mula-mula macam was-was jugak kan.lepas discuss dengan putri.dia pun setuju.sape putri tuh? hehehe..kalau you all nak tahu putri nie lah yang buat dan jahit i punya tudung nikah i nanti.milza pulak kerja nya patch kan lace dan jahit manik untuk baju dan tudung nikah i.kepercayaan i bagi 100% pada dorang nie.hope tak mengecewakan i..hehe..(bertuah jugak ada kawan yang pandai menjahit dan kreatif nie kan...thanks a lot both of u ! coz banyak tolong untuk preparation wedding aku..=)

Misi mencari kain untuk tudung dan patch lace bermula..hehe Last week,milza and her fiance and i ke Jln TAR dan jakel.gigih kami berjalan ditemani 'bodyguard' milza fiance..misi kami nak cari manik untuk baju nikah,patch lace dekat JAKEL dan yang paling penting baju for my bridemaids..sape ye i punya bridemaids? suprise....nak tahu kena datang wedding i nanti....yehuuu.....:)

gigih mencari color kain yang sesuai dengan pengapit lelaki..

finally..jumpa jugak kain yang boleh match..this is special for my bridemaids :)

tengok..alahai semangat nye si milza nie.love u dear..!

hana tajima gituh! cun wey...

milza,thanks a lot dear..banyak bantu aku...

hehehe..kesian nya.gigih menunggu kami shopping..haha =)

Baju untuk pengapit lelaki dah ade.so,sekarang nak carik untuk pengapit perempuan pulak..jenuh lah berjalan sane-sane sini sebab nak carik kain yang sama color dengan pengapit lelaki.kalau pakai different color tak cantik lah pulak kan..so,i choose the soft purple color for my bridemaids.memang ngam dan kena lah dengan pengapit lelaki nanti..


nie baju pengapit lelaki.so,kira match la jugak color ngn bridemaids kan??

ini secantik manis putri.dia lah yang buat saya punya tudung nikah nanti.thanks yunk !

Thanks a lot and laff u dear =)


Alhamdulillah..preparation dah 80%.Ya Allah,Ya tuhanku kau permudahkan lah segala urusan hambamu ini...

Thursday, 19 April 2012

Tips Hantaran dan Cenderahati

Assalamualaikum pretty..!

Untuk entry nie,i just nak share sedikit info yang sangat berguna untuk bride to-be di luar sana.Tips nie i dapat lepas baca majalah NUR keluaran khas Edisi Pengantin Muslimah.So,dengan tips yang i share nie maybe sedikit sebanyak dapat tolong bride to-be di luar sana membuat persiapan perkahwinan.Setiap wanita yang bakal berkahwin nak kan sebuah perkahwinan impian yang penuh gemilang dan barakah kan? macam tuh la jugak dengan i.tapi kita hanya merancang,Allah s.w.t yang menentukan segalanya.kita hanya mampu buat yang terbaik.selebihnya kita hanya berserah pada-Nya.

Ok jom tengok tips yang perlu diambil kira dan perlu di titik beratkan untuk hantaran dan cenderahati.. =)

1) Pilih konsep hantaran sama ada dari segi tema warna,jumlahnya dan barang yang ingin dihantar.

2) Dulang hantaran juga pelbagai dan harus mengikut konsep dan tema majlis,Ada dulang tembaga,perak,bentuk kotak,berhias,sangkar dan sebagainya.You all hanya perlu pilih ikut tema.

3) If you all menggunakan khidmat pembuat gubahan,biasanya dulang hantaran akan disewakan bersama-sama dengan alasnya.

4) Kalau boleh you all pinjam dulang hantaran daripada keluarga kerana ia akan menjimatkan kos.hehe :')
So,duit you all tuh boleh lah digunakan untuk keperluan lain. (memang penjimatan terhebat !)

5) Hantaran selalunya dalam kuantiti ganjil dan pengantin perempuan membalasnya dengan jumlah yang lebih daripada pihak lelaki.Sebagai contoh,jika pihak pengantin lelaki menghantar sembilan dulang,pihak pengantin perempuan harus membalasnya dengan sebelas dulang. (tapi nie tak wajib..selalunya lah orang buat macamnie)

6) Perkara yang paling penting! make sure hantaran tuh sesuai dengan tahap kemampuan kewangan you all.

7) Hantar barang yang perlu dan penting sahaja..( for me,membaloi kalau kite bagi barang hantaran yang untuk kegunaan pasangan)

8) Tentukan juga jangka hayat hantaran tersebut seperti cake,cupcakes,chocolate dan buah-buahan.

9) Cenderahati juga antara keperluan yang perlu difikirkan.Pertama sekali,you all harus pastikan ia termasuk dalam bajet perkahwinan.

10) Kemudian tentukan jumlah tetamu yang hadir.Pastikan kuantitinya lebih daripada tetamu jemputan agar setiap orang menerimanya.

11) Setelah kenal pasti jumlahnya,tentukan pula harga dan jenisnya

12) Hari ini bunga telur bukan lagi pilihan cenderahati,sebaliknya pelbagai pilihan disediakan.Cupcakes,chocolate dan manisan menjadi pilihan masa kini.You all juga perlu ambil kira bekas cenderahati berkenaan tau.


Source : Arma Wedding Couture


-Hunnybee’s -

Tuesday, 17 April 2012

Jadilah Isteri dan Ibu Cemerlang

Maksud hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Kahwinlah kamu, agar jumlah kamu menjadi banyak. Sesungguhnya aku sangat gembira melihat jumlahku yang banyak melebihi umat lain di hari kiamat nanti"

Setinggi mana pun kedudukan seorang wanita tetapi apabila menyebut tentang kehidupan berumah tangga, pastinya anda ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang cemerlang. Sebenarnya,tidak susah untuk mencapai apa yang diidamkan itu.Yang penting 50 sikap, sifat dan ketrampilan ini perlu ada pada anda.

1. Lembut tetapi tegas                                                    
2. Mengambil berat                                                        
3. Berperibadi mulia                                            
4. Komitmen yang tinggi
5. Berketrampilan dalam pelbagai bidang
6. Yakin
7. Konsisten
8. Kreatif
9. Boleh harap
10. Bersemangat
11. Bertenaga
12. Mesra
13. Mempunyai matlamat yang jelas
14. Bersedia mendengar
15. Saling mempercayai
16. Jujur
17. Merendah diri
18. Mempunyai harga diri
19. Bijaksana
20. Penyayang
21. Setia
22. Bermotivasi
23. Optimistik
24. Teratur
25. Gigih
26. Sikap mental yang positif
27. Cepat bertindak
28. Imej diri yang menawan
29. Pandai bergurau
30. Peka kepada keadaan dan persekitaran
31. Boleh menerima teguran
32. Bertimbang rasa
33. Sentiasa memahami
34. Bijak berkomunikasi
35. Menjaga hati keluarga mentua
36. Sentiasa menjadi contoh
37. Sabar
38. Menjaga masa
39. Berpandukan iman dan takwa
40. Turuti perintah suami
41. Sentiasa anggun dan kemas
42. Bertolak ansur
43. Dapat mengawal emosi dan tindakan
44. Sentiasa mempamerkan kasih sayang
45. Memberi tumpuan dan masa kepada keluarga
46. Mempunyai pandangan yang positif
47. Sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga
48. Menjaga harta suami dan keluarga
49. Mementingkan kebersihan rumah tangga
50. Menjaga ibadah khusus dan umum

Memang sukar untuk menyatukan dua insan yang berlainan sikap tetapi tidak mustahil ia boleh dicantumkan jika ada sikap toleransi kedua pihak. Rumah tangga perlu sentiasa dibumbui dengan cinta, kasih sayang dan kemesraan agar nikmat perkahwinan benar-benar dirasai. Jangan keterlaluan memikirkan ego masing-masing. Keegoan boleh dilentur selagi anda bercita-cita untuk memiliki rumah tangga yang bahagia.

Hanya anda yang tahu apakah kesemua sikap diatas ada pada diri anda. Jika masih kurang,segeralah perbaiki =)

Source : Google
-Hunnybee’s -

Hati memberontak nak Pre-wedding ;'(

Assalamualaikum b2b =)

Menghitung hari..tinggal kurang dari 50 hari lagi..huhh..macam-macam yang i rasa sekarang nie.nervous,excited,takut semua ada lah....hehe..preparation? alhamdulillah sudah 80%..Ya Allah
Ya Tuhanku kau permudahkan lah segala urusan hambamu ini.Sesungguhnya aku hanya merancang,selebihnya aku serahkan pada mu Ya Allah..

You all nak tahu tak,dari dulu lagi i berangan nak buat pre-wedding.gile berangan nak buat pre-wedding kat sawah lah,kat tepi jalan la,kat putrajaya la..tak dapat pre-wedding outdoor.dapat shoot kat studio
pun jadi lah..Di sini cerita nya bermula ;)

Me : Awak,jom kita buat pre-wedding kat Putrajaya or studio ke..nak tak?
HM : Pre-wedding?? uisshhh..tak payah la pre-wedding2 semua nie.tak elok lah..
Me: hehe..malu nye saya..laaa..tak elok kenapa pulak..??
HM : Yela..kalau pre-wedding sure ade pegang-pegang tangan kan? kita belum kawin la..
Me : Subhanaallah..jauh nya lah hai pemikiran tunang i nie..bagi i,tak semestinya pre-wedding nie ada pegang-pegang tangan kan??
HM : tak payah lah..kalau awak nak jugak buat pre-wedding tuh.awak shooot la sorang-sorang..
Me : hurrmmm...kalau awak tak nak, tak pe lah.terpaksa akur kehendak bakal suami..=) dalam hati nie duk cakap.dia nie tak faham ke yang i nie kan gile bergambar.tak pe la.tak pre-wedding pun tak pe la.yg penting lepas bersanding nanti i nak jugak outdoor.So,nasib baik lah tunang tak membantah! dia cakap kalau dah kawin tak pe..hehe..gedik betol..=)


i tak dapat pre-wedding tengok picture bride-to-be yang buat pre-wedding pun jadi lah kan....hehe..sob...sob..sob....;'(

awesome..picture by Serindit Photo

 
suke nya boleh main lompat-lompat gitu.picture by Precious Moment Photographer

 
hanya mampu verangan je la..best nye kalau dapat outdoor kat sawah macamnie kan??


paling suke okay ! picture by : Nazimzafri





cute kan? picture by : Precious Moment Photographer





Picture by Precious Moment Photographer



-Hunnybee’s -

Monday, 16 April 2012

Hakikat Perkahwinan

Source : Google


" Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan......."
 ( An-Nisa';1)


Dengan keterangan di atas jelas sekali ciptaan manusia dari lelaki dan wanita untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Hakikat perkahwinan bagi mengembangkan zuriat yang beriman juga harus difahami agar kita semua dilimpahi rahmat Allah. Kepada manusia, Allah mengamanahkan bagi mengendalikan urusan di dunia sebagai khalifahnya.


Semoga kita mampu menjadi sepasang suami isteri yang sentiasa di rahmati-Nya, membesarkan anak-anak mengikut garis-Nya dan sentiasalah berdoa agar kebahagiaan berumahtangga kekal ke hujung usia.


-Hunnybee’s -

Saturday, 14 April 2012

Of solemnization venue

I have always wanted to have my solemnization ceremony at the mosque..gile berangan..haha..tapi macam best je bile nikah dekat masjid kan? i don't know why but i just feel that something yang sangat best.lagipun more comfortable lah kan.sebab rumah i tak besar sangat..so,kalau kat rumah i nak buat mini pelamin pun memang tak cukup space.kalo nak jugak nampak nya pengantin,tok kadi,saksi,photographer,and sedara rapat je la yang boleh tengok time nikah tuh..memang tak selesa lah.
   
And I was right.
 
i've ask some of my friends yang dah nikah.most of them nikah dekat rumah.After i had discuss with my family,my brother also suggest nikah dekat rumah je.lebih afdal katanya =) lagipun,kalau nak nikah dekat masjid nie banyak procedures and nak permission as well..sangat leceh kan?? So,tak nak pening-pening kepala i pun decided the solemnization venue dekat rumah je.I was upset of course but HM told me it's not like we can't get married if we have it at home pun.
So,yeahhh.....home it is :)


Nikah dekat masjid or rumah pun actly same je.yang penting perkara wajib telah selamat dilaksanakan.




 -Hunnybee’s -

Thursday, 12 April 2012

Of tudung nikah part #1

Salam bloggers :)

Entry nie i just story sikit pasal tudung nikah.you all nak tahu tak? actly,i belum decide lagi nak pakai tudung macamne time nikah nanti.veil and baju nikah.alhamdulillah dah settle.i ingat nak sewa je tudung nikah kat Azika Collection.but last month,time pergi Butik.staff  Azika cakap.selalunye tudung untuk nikah pengantin punya sendiri.yang ade kat butik pulak semuanya yang tak boleh match dengan color baju nikah i.so,i pun apa lagi.menggelabah lah duk google and carik tudung nikah sane sini.puas pusing-pusing jln TAR,PKNS Shah Alam,butik kat Sungai Buloh.tapi sampai sekarang i  tak dapat apa yang i nak...urrgggwhh..sedih nye..;(

Actly,i suke and teringin sangat nak pakai tudung yang awning dia berombak-ombak macam gitu.berombak or berliku ke.i pun tak tahu.nak kategori kan jenis tudung tuh macamne..hahaha..:) nie macam picture kat bawah nie...


source: Zamrimat touch facebook

source : facebook

source : Diyang Azura Facebook

Collection by Vispera.
i prefer pakai tudung macamnie time nikah sebab time bersanding nanti dah pakai tudung yang berawning straight biasa tuh.so,untuk nikah nie konon nye nak nampak lah kelainan sikit..(tapi tak nampak muka i tembam ke nanti eh??) haha..

source : Google..sangat suke macamnie..cantik kan?? nak macamnie jugak.boleh ke?

Bloggers! who knows where can i go and check to get this tudung for nikah..?? please help me....;'(




-Hunnybee’s -

Wednesday, 11 April 2012

The 3rd Malaysia International Shoe Festival 2012

Venue : Hall 2,PWTC Kuala Lumpur
 Date : 29 march - 1 April 2012


Last Friday, i bersama officemate ke Shoes Festival dekat PWTC.ini lah i punya aktiviti pada hari jumaat.al-maklum lah lunch hour friday kan lama.bosan tak tahu nak ke mana.asyik-asyik Sogo,Jln Tar,KL Festival City..aiyaaa...bosan betol...hehehe =)


Jom lah layan picture kat bawah..




fashion show collection Jimmy Choo

Dapat jumpe designer kasut terkenal..Datuk Jimmy Choo..kelas kau jah!
i beriya lah nak ambik gambar dengan Datuk Jimmy Choo..memandangkan terlalu ramai orang..so,tak dapat lah..dapat ambik picture dia depan-depan je. tak boleh ambik dengan dia.sebab semua orang dah berkerumun dekat dia time tuh..;'(


Datuk Jimmy Choo..frustrated sebab tak sempat snap picture dengan dia.tapi tak pe la..dapat tengok live pun ok..;)

Nasib baik lah ofice dekat dengan PWTC.so,kami pergi jalan kaki je.boleh exercise sekali..hahaha..
Bagus jugak PWTC selalu buat event.so,tak lah budak-budak ofice nie bosan.ade lah jugak aktiviti hari jumaat..kan? kan? kan?..hehe..;)

maniature shoes.unik.design semua dari student university

new collection design 2012
inspired.huhu..dapat wedding shoes macam nie pun ok jugak kan? gile verangan tak habis..hehe ;)

haha..sempat lagi grabbed sandle that day ! =) fiance asyik duk bising kasut,slipper and sandle yang dah ada pun tak terpakai.lagi mahu beli lagi ke..haha..biasa lah kan perempuan pantang tengok benda cantek,semua nya nak...haha..faham-faham sendiri la ye..tunang ku!

Tadaaaa..!!! sempat jugak posing tuh ;')


-Hunnybee’s -