Wednesday, 11 September 2013

Alhamdulillah..rezeki Adelia Qaisara :)

Syukur alhamdulillah...sehingga ke hari nie i masih mampu breastfeed kan Qaisara..semoga terus diberikan kekuatan fizikal dan mental serta kesabaran untuk terus kekal susukan Qaisara sehingga usia Qaisara 
2 tahun..InshaAllah...:)

Dugaan dan cabaran sepanjang breastfeed kan Qaisara? nak kata banyak dugaan dan cabaran tuh tak lah..tapi bagi i kan, cabaran bagi ibu2 menyusu nie, bile bawak anak pergi shopping complex..time anak nak susu..pergghh..!! memang kelam kabut dibuatnye..tambah pulak shopping complex tuh xde nursing room khas untuk changing napkin and bilik untuk breastfeed baby..tuh memang mencabar...haha ;) jenis Qaisara nie pulak..kalau nak susu memang tak menyabar..kalau dia cakap nak, on the spot nak jugak..hambek! mane ngko nak bagi..tak kan nak duduk kaki lima bagi susu anak kan..tuh jela cabaran i rase selama nie..demi anak mama, mama sanggup berkorban sebab mama nak pastikan yang anak mama sihat, sentiasa kenyang dan dapat susu mama sepenuhnya..
Antara stock Qaisara..senang letak dalam bottle storage macam nie..
sebab nak panaskan letak dalam warmer pun senang..

Cerita pasal shopping complex..since Qaisara ade nie memang port ktorang shopping kat Alamanda, Putrajaya je..bukan ape, tempat die selesa..ade nursing room..So, memang xde masalah if nak breastfeed kan Qaisara. Huh! nie i nak share story sikit ari tuh duk sibuk carik baju raya i kat Carrefour Wangsa Maju..puas i duk pusing 2-3 kali tapi takde sehelai baju yang berkenan. Babah jangan cakap la..memang dah buat muke sebab lame sangat menunggu..
al-maklum lah..sorry ye babah...
awak macam tak tahu pulak mama nie kan cerewet sikit...huhu :) 
Boleh pulak time tuh Qaisara meragam nak susu..tahu2 je la kan..Carrefour xde tempat nak susukan anak..tak kan nak bagi kat toilet kot..aihh! Mama dengan muke tak malu pergi masuk satu butik tuh, tengok2 baju kat situ. then, nak fitting..sambil menyelam minum air..(haha..betul ke peribahasa i nie..) paham2 sendiri la ye..
i pun try cakap ngan pekerja butik tuh.
" Dik, akak nak tumpang fitting room nak susukan anak boleh?" 
Then die cakap, boleh kak..masuk lah..siap offer nak bagi kerusi lagi..i cakap tak pe la..bersila pun boleh..mama hanya fikir Qaisara dapat susu mama and mama boleh kenyang kan Qaisara da cukup da..Dalam hati Ya Allah, terima kasih sangat kat adik staff butik tuh..
memahami ibu2 yang menyusukan anak nie macam i nie..Kawan i pernah kena marah sebab bf anak die dalam fitting room..uishh...tak memahami langsung..huhh!! support lah sikit ibu2 yang tengah menyusu nie...


Alhamdulillah..walaupun tak banyak dan tak meriah macam hasil orang lain..mama tetap bangga sebab mama mampu breastfeed anak mama lagi sehingga ke ari nie..

Cukup untuk kehendak Qaisara sekarang..sekali pump dapat 4oz memadai untuk Qaisara sekali minum..tapi kalau pagi2 pump dapat
 6oz - 7oz..memang syiok...:)


" Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu "

- Surah Al-Baqarah, Ayat 233



-Hunnybee’s -







1 comment: