Showing posts with label ◕ Randomness. Show all posts
Showing posts with label ◕ Randomness. Show all posts

Thursday, 13 September 2012

Thank you :)

Assalamualaikum...


Entry yang saje nak ngade-ngade..hehe...=)


just nak share..happy and good news..


petang balik kerja, masuk je rumah tetiba husband buat suprise belikan i Samsung Galaxy Note.yang dah lame i idamkan..previous post jealous- nak jugak..:)


Btw,terima kasih suamiku atas pemberian ini..



LOVE U SO MUCH !!



-Hunnybee’s -

Tuesday, 17 April 2012

Hati memberontak nak Pre-wedding ;'(

Assalamualaikum b2b =)

Menghitung hari..tinggal kurang dari 50 hari lagi..huhh..macam-macam yang i rasa sekarang nie.nervous,excited,takut semua ada lah....hehe..preparation? alhamdulillah sudah 80%..Ya Allah
Ya Tuhanku kau permudahkan lah segala urusan hambamu ini.Sesungguhnya aku hanya merancang,selebihnya aku serahkan pada mu Ya Allah..

You all nak tahu tak,dari dulu lagi i berangan nak buat pre-wedding.gile berangan nak buat pre-wedding kat sawah lah,kat tepi jalan la,kat putrajaya la..tak dapat pre-wedding outdoor.dapat shoot kat studio
pun jadi lah..Di sini cerita nya bermula ;)

Me : Awak,jom kita buat pre-wedding kat Putrajaya or studio ke..nak tak?
HM : Pre-wedding?? uisshhh..tak payah la pre-wedding2 semua nie.tak elok lah..
Me: hehe..malu nye saya..laaa..tak elok kenapa pulak..??
HM : Yela..kalau pre-wedding sure ade pegang-pegang tangan kan? kita belum kawin la..
Me : Subhanaallah..jauh nya lah hai pemikiran tunang i nie..bagi i,tak semestinya pre-wedding nie ada pegang-pegang tangan kan??
HM : tak payah lah..kalau awak nak jugak buat pre-wedding tuh.awak shooot la sorang-sorang..
Me : hurrmmm...kalau awak tak nak, tak pe lah.terpaksa akur kehendak bakal suami..=) dalam hati nie duk cakap.dia nie tak faham ke yang i nie kan gile bergambar.tak pe la.tak pre-wedding pun tak pe la.yg penting lepas bersanding nanti i nak jugak outdoor.So,nasib baik lah tunang tak membantah! dia cakap kalau dah kawin tak pe..hehe..gedik betol..=)


i tak dapat pre-wedding tengok picture bride-to-be yang buat pre-wedding pun jadi lah kan....hehe..sob...sob..sob....;'(

awesome..picture by Serindit Photo

 
suke nya boleh main lompat-lompat gitu.picture by Precious Moment Photographer

 
hanya mampu verangan je la..best nye kalau dapat outdoor kat sawah macamnie kan??


paling suke okay ! picture by : Nazimzafri





cute kan? picture by : Precious Moment Photographer





Picture by Precious Moment Photographer



-Hunnybee’s -

Monday, 16 April 2012

Hakikat Perkahwinan

Source : Google


" Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan......."
 ( An-Nisa';1)


Dengan keterangan di atas jelas sekali ciptaan manusia dari lelaki dan wanita untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Hakikat perkahwinan bagi mengembangkan zuriat yang beriman juga harus difahami agar kita semua dilimpahi rahmat Allah. Kepada manusia, Allah mengamanahkan bagi mengendalikan urusan di dunia sebagai khalifahnya.


Semoga kita mampu menjadi sepasang suami isteri yang sentiasa di rahmati-Nya, membesarkan anak-anak mengikut garis-Nya dan sentiasalah berdoa agar kebahagiaan berumahtangga kekal ke hujung usia.


-Hunnybee’s -

Wednesday, 11 April 2012

The 3rd Malaysia International Shoe Festival 2012

Venue : Hall 2,PWTC Kuala Lumpur
 Date : 29 march - 1 April 2012


Last Friday, i bersama officemate ke Shoes Festival dekat PWTC.ini lah i punya aktiviti pada hari jumaat.al-maklum lah lunch hour friday kan lama.bosan tak tahu nak ke mana.asyik-asyik Sogo,Jln Tar,KL Festival City..aiyaaa...bosan betol...hehehe =)


Jom lah layan picture kat bawah..




fashion show collection Jimmy Choo

Dapat jumpe designer kasut terkenal..Datuk Jimmy Choo..kelas kau jah!
i beriya lah nak ambik gambar dengan Datuk Jimmy Choo..memandangkan terlalu ramai orang..so,tak dapat lah..dapat ambik picture dia depan-depan je. tak boleh ambik dengan dia.sebab semua orang dah berkerumun dekat dia time tuh..;'(


Datuk Jimmy Choo..frustrated sebab tak sempat snap picture dengan dia.tapi tak pe la..dapat tengok live pun ok..;)

Nasib baik lah ofice dekat dengan PWTC.so,kami pergi jalan kaki je.boleh exercise sekali..hahaha..
Bagus jugak PWTC selalu buat event.so,tak lah budak-budak ofice nie bosan.ade lah jugak aktiviti hari jumaat..kan? kan? kan?..hehe..;)

maniature shoes.unik.design semua dari student university

new collection design 2012
inspired.huhu..dapat wedding shoes macam nie pun ok jugak kan? gile verangan tak habis..hehe ;)

haha..sempat lagi grabbed sandle that day ! =) fiance asyik duk bising kasut,slipper and sandle yang dah ada pun tak terpakai.lagi mahu beli lagi ke..haha..biasa lah kan perempuan pantang tengok benda cantek,semua nya nak...haha..faham-faham sendiri la ye..tunang ku!

Tadaaaa..!!! sempat jugak posing tuh ;')


-Hunnybee’s -

Monday, 26 March 2012

MATTA Fair 2012

Last friday officemate and i ke PWTC for the MATTA Fair.you all nak tahu tak? i dah looked dekat calendar and diary since january lagi tau.takut terlepas peluang nak pergi MATTA Fair nie.yela,twice a year je kot.So,memang agak terkilan jugak lah kalau tak pergi..=) Sanggup i tak follow my family balik kampung just because of MATTA fair.even MATTA fair nie 3 days start on 16 - 18 Mac 2012.i lagi comfortable pergi hari bekerja on Friday.Kalau pergi time Saturday and Sunday pengsan lah orang of coz macam sardin..hehe :)
First planned,memang ingat nak survey-survey honeymoon package.But after discussed balik dengan fiance.Dia cakap tak payah booked dulu coz mybe after wedding dia still busy dengan kerja..urwwgghh..sedih nye..:( But my fiance nie tahu pulak i merajuk.nak ambik hati i nye pasal.Dia janji memang tetap akan pergi honeymoon.tapi walk-in je terus.kalau dah book nie.susah sikit agak terikat dengan date.So,i decide tak nak lah rushing sangat yang penting dapat pergi Honeymoon yay ! ;) lagipun i faham kerja HM tuh macamne.i nakkk!!!!! pergi Krabi or Bali (wah! verangan pulak..) fiance suggest dalam Malaysia sudah..tak payah jauh-jauh.Malaysia pun Malaysia lah pun okay kan? Perhentian pun best ! :)


Mr Thumb-Up really posing for MATTA Fair
no band no entrance ! RM3 per adult and child under 12 free :)

urwwggghh...make me crazy! murah kan? =)

the best deal..all the package valid only for MATTA Fair PWTC only !

more than 200 exhibitor on that day

Hall 2 Tourism Malaysia Booth.fantastic.semua nie fresh fruit tau :)


Guess MATTA Fair is fun even kaki lenguh berjalan tapi puas hati!
Kudos !


-Hunnybee’s - 

Wednesday, 8 February 2012

Selidik latar belakang pasangan sebelum bertunang

source Google

Sumber : Berita Harian
09/02/2012

KES putus tunang atau membatalkan perkahwinan yang dirancang kerap berlaku dalam masyarakat. Dalam banyak kes, ia diselesaikan dengan baik, biarpun salah satu pihak pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pembatalan itu.

Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang mana pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin pada masa depan dalam tempoh dipersetujui. Dalam masyarakat Melayu, proses meminang diadakan secara beradat yang membabitkan merisik sebelum majlis meminang.
Merisik sebelum meminang adalah tuntutan agama. Tidak semestinya diadakan acara rasmi seperti biasa diadakan. Apa yang dikehendaki ialah maklumat mengenai perempuan yang bakal dipinang.
Biasanya merisik bertujuan bagi pihak lelaki mengetahui mengenai perempuan hendak dipinang. Pada masa sama juga pihak perempuan boleh bertanya mengenai lelaki yang masuk merisik itu.

Pengumpulan maklumat kedua-dua pihak amat penting bagi memastikan tidak ada perkara yang sengaja disembunyikan. Banyak kes putus tunang disebabkan tidak mengetahui identiti sebenar pasangan masing-masing.

Sikap menyembunyikan fakta diri atau sengaja menyatakan perkara yang tidak tepat membawa kesan buruk hingga mendatangkan tidak puas hati yang membawa kepada putus pertunangan.

Kes putus pertunangan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi jika berlaku ketika waktu perkahwinan terlalu hampir. Persiapan majlis perkahwinan diadakan dan tetamu sudah diundang. Pembatalan perkahwinan pada saat-saat akhir bukan saja mengecewakan bakal pengantin, tetapi seluruh ahli keluarga.
Mereka bukan saja menanggung kerugian kewangan menyediakan persiapan perkahwinan, tetapi juga maruah turut tercalar dan menerima aib pada mata masyarakat.

Mengikut Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, jika seseorang mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab yang sah, manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan jika ada, atau nilai dan membayar apa-apa wang yang dibelanjakan untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, boleh menuntutnya di mahkamah.

Antara punca putus pertunangan ialah adanya gangguan pihak ketiga. Sikap mengatakan ‘baru bertunang, belum kahwin lagi’ sebagai gambaran bahawa ikatan itu mudah diputuskan amat ditegah oleh agama. Memang ikatan pertunangan tidak sekuat ikatan perkahwinan, Islam tetap menegah perkara itu dibuat main-main.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).

Jelas sekali, haram bagi lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Begitu juga, perempuan yang menjadi tunangan orang, jangan sekali-kali terpikat kepada lelaki lain.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama. Akibatnya boleh menyebabkan permusuhan berpanjangan yang memutuskan persaudaraan.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.

Perempuan yang bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini berlaku jika tunangnya bersedia memutuskan pertunangan dan mengetahui ada lelaki lain ingin meminang tunangnya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Memutuskan pertunangan tanpa kerelaan satu pihak lagi bermakna tidak menunaikan janji ingin berkahwin. Dalam Islam menunaikan janji adalah sesuatu amat dituntut. Sesiapa tidak menunaikan janji termasuk melakukan perbuatan munafik.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim. (Perkara itu ialah) Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkiri dan apabila dipercayai dia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ikatan pertunangan adalah janji secara dasarnya lahir daripada sikap saling mempercayai dan menghormati antara kedua-dua pihak yang mengikat janji.

Tetapi dalam keadaan yang mana ada alasan kukuh dan demi untuk kebaikan, ikatan pertunangan boleh diputuskan dengan persetujuan kedua-dua pihak. Islam mengharuskan perbuatan itu atas dasar untuk mengelakkan keburukan jika pertunangan diteruskan dan lebih-lebih lagi apabila berkahwin.

Dalam keadaan itu, kedua-dua pihak perlu berlapang dada dan tidak saling menyalahkan.

Sebab itu, dinasihatkan agar pasangan bercinta atau perempuan dirisik jangan terburu-buru mengikat pertunangan. Ambillah sedikit masa untuk mengenali dan menyelidiki pasangan terlebih dulu

Nabi Muhammad memberi panduan yang terbaik bagaimana mencari pasangan hidup. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka utamakan wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


-Hunnybee’s -