Showing posts with label ◕ Tips. Show all posts
Showing posts with label ◕ Tips. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

Rahsia Perkahwinan




9 TIPS KEPADA ISTERI AGAR RUMAHTANGGA ANDA BOLEH TERUS BAHAGIA MELALUI "AIR TANGAN" ANDA!
 
Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawan dan tugasan di pejabat lebih berat. Akan tetapi anda harus ingat, jangan sampai anda abaikan 100% aspek memasak untuk suami anda ini. Kelak buruk padahnya.

9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.

1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.

2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.

3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.

4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.

5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.

7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.

8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.

9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.

Tiada yang lebih bermakna dan indah selain anda menerima kata-kata ucapan ‘terima kasih ayang’ daripada suami anda kelak ketika dia merasa masakan anda. Ketika itulah anda akan merasai satu kepuasan sebenar anda hidup sebagai seorang isteri.

Artikel dari kursus perkahwinan




-Hunnybee’s -

Tuesday, 1 May 2012

Tip Foto dan Video

Perkhidmatan jurugambar dan juruvideo juga diperlukan ketika majlis perkahwinan kerana momen indah itu akan menjadi kenangan abadi dalam hidup bride to-be dan pasangan..=) Sebelum mendapatkan khidmat berkenaan you all perlu bertanya beberapa soalan terlebih dahulu !

1) Bolehkah merakam gambar wedding yang diadakan di luar Kuala Lumpur? Jika ya,tanyakan mengenai kos tambahan yang terlibat

2) Tanya mengenai pengalaman dan lihat contoh hasil kerjanya.Jika ia professional sudah tentu hasil kerjanya terbaik dan menarik.

3) Pastikan juga mengenai harga yang ditawarkan dan kenapa ada perbezaan harga setiap jurugambar.Selain pengalaman,harga yang berbeza juga bergantung kepada peralatan yang digunakan,kualiti produk dan perkhidmatan tambahan yang diberikan.

4) Tempoh yang diambil untuk menyiapkan kesemua gambar dan video.Biasanya ia mengambil masa dua minggu.Tetapi ia juga bergantung kepada kerumitan kerja dan pakej yang dikehendaki pelanggan.

5) Jaminan mengenai kehadiran jurugambar pada hari majlis berlangsung.Jika ada kecemasan seperti sakit,adakah ada jurugambar pengganti.Bagaimana jika mereka tidak hadir sedangkan deposit sudah dibayar.

6) Untuk kualiti yang maksimum,dapatkan jurukamera yang mengkhusus dalam rakaman majlis perkahwinan.Pastikan you all melihat contoh hasil kerja jurukamera berkenaaan terlebih dahulu.

7) Adakalanya jurugambar dicadangkan oleh mak andam.Namun you all harus pastikan jurugambar berkenaan benar-benar professional.Selidik latar belakang dan hasil kerjanya terlebih dahulu supaya duit yang you all bayar berbaloi dengan hasil kerjanya.

8) Tempahan jurugambar juga harus dibuat lebih awal agar anda tidak berhadapan dengan masalah tiada jurufoto pada saat akhir dan tentu ini mengecewakan.Tempoh yang ideal membuat tempahan adalah enam bulan sebelum tarikh perkahwinan.

9) Kebanyakan jurugambar meminta deposit sebanyak 50% daripada keseluruhan pakej kerana mereka tidak akan mengambil tugasan lain pada tarikh yang sama.Jika anda membatalkan tempahan pada saat akhir mereka tidak rugi.

10) If you all kurang bajet,you all still boleh berunding dengan mereka dan nyatakan bajet dan mereka boleh menawarkan pakej tertentu.

11) Lakukan beberapa perjumpaan dengan jurugambar untuk berbincang agar segalanya berjalan dengan lancar.

Source : Saiful Nang Photographer


-Hunnybee’s -

Thursday, 19 April 2012

Tips Hantaran dan Cenderahati

Assalamualaikum pretty..!

Untuk entry nie,i just nak share sedikit info yang sangat berguna untuk bride to-be di luar sana.Tips nie i dapat lepas baca majalah NUR keluaran khas Edisi Pengantin Muslimah.So,dengan tips yang i share nie maybe sedikit sebanyak dapat tolong bride to-be di luar sana membuat persiapan perkahwinan.Setiap wanita yang bakal berkahwin nak kan sebuah perkahwinan impian yang penuh gemilang dan barakah kan? macam tuh la jugak dengan i.tapi kita hanya merancang,Allah s.w.t yang menentukan segalanya.kita hanya mampu buat yang terbaik.selebihnya kita hanya berserah pada-Nya.

Ok jom tengok tips yang perlu diambil kira dan perlu di titik beratkan untuk hantaran dan cenderahati.. =)

1) Pilih konsep hantaran sama ada dari segi tema warna,jumlahnya dan barang yang ingin dihantar.

2) Dulang hantaran juga pelbagai dan harus mengikut konsep dan tema majlis,Ada dulang tembaga,perak,bentuk kotak,berhias,sangkar dan sebagainya.You all hanya perlu pilih ikut tema.

3) If you all menggunakan khidmat pembuat gubahan,biasanya dulang hantaran akan disewakan bersama-sama dengan alasnya.

4) Kalau boleh you all pinjam dulang hantaran daripada keluarga kerana ia akan menjimatkan kos.hehe :')
So,duit you all tuh boleh lah digunakan untuk keperluan lain. (memang penjimatan terhebat !)

5) Hantaran selalunya dalam kuantiti ganjil dan pengantin perempuan membalasnya dengan jumlah yang lebih daripada pihak lelaki.Sebagai contoh,jika pihak pengantin lelaki menghantar sembilan dulang,pihak pengantin perempuan harus membalasnya dengan sebelas dulang. (tapi nie tak wajib..selalunya lah orang buat macamnie)

6) Perkara yang paling penting! make sure hantaran tuh sesuai dengan tahap kemampuan kewangan you all.

7) Hantar barang yang perlu dan penting sahaja..( for me,membaloi kalau kite bagi barang hantaran yang untuk kegunaan pasangan)

8) Tentukan juga jangka hayat hantaran tersebut seperti cake,cupcakes,chocolate dan buah-buahan.

9) Cenderahati juga antara keperluan yang perlu difikirkan.Pertama sekali,you all harus pastikan ia termasuk dalam bajet perkahwinan.

10) Kemudian tentukan jumlah tetamu yang hadir.Pastikan kuantitinya lebih daripada tetamu jemputan agar setiap orang menerimanya.

11) Setelah kenal pasti jumlahnya,tentukan pula harga dan jenisnya

12) Hari ini bunga telur bukan lagi pilihan cenderahati,sebaliknya pelbagai pilihan disediakan.Cupcakes,chocolate dan manisan menjadi pilihan masa kini.You all juga perlu ambil kira bekas cenderahati berkenaan tau.


Source : Arma Wedding Couture


-Hunnybee’s -

Monday, 13 February 2012

46 tip Cantik dan Segar Melangkah Sebagai Isteri

Source Google
Bergelar Ratu Sehari adalah hari yang paling bersejarah dalam kalendar kehidupan uda and dara.Kecantikan anda hanya milik si dia yang pastinya bertakhta di hati anda selagi hayat masih ada.Ayuh,anda masih punya masa untuk menyerlah kecantikan diri,dalaman dan luaran.Berusahalah agar anda terus dapat menawan hatinya sepanjang usia perkahwinan anda.


1)  Harus diingat,berat badan yang anda idamkan tidak mungkin dapat dicapai dalam jangka masa suntuk.Peruntukan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perkahwinan bagi menjalankan program diet


2)  Jangan sekali-kali mengimpikan untuk turun sebanyak 10kg dalam masa dua bulan.Diet tanpa kawalan atau secara drastik akan menyebabkan tubuh menjadi lemah akibat kehilangan otot dan tisu,bukannya lemak.Letak sasaran penurunan sebanyak 2kg setiap bulan.Penurunan sebanyak 12kg pasti sudah memadai bagi anda yang memiliki berat 60kg


3)  Jangan kerana ingin mendapatkan tubuh yang langsing bagi menggayakan busana impian,anda menggunakan pendekatan diet secara ketat dan senaman yang ekstrem.Jauhi pil-pil kurus atau menahan lapar yang hanya mendatangkan kesan buruk kepada diri anda 


4)  Memilih makanan dari protein seperti ikan,ayam,daging,telur dan sayur-sayuran


5)  Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi.Sebolehnya,elakkan daripada makanan bergoreng dan berlemak


6)  Tambahkan makanan yang mempunyai kandungan serat yang lebih kerana memudahkan proses penghadaman dilakukan


7)  Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan


8)  Elakkan daripada minuman berkarbonat,kek,biskut,dan jem.Makanan seperti ini boleh membuatkan berat badan anda bertambah


9)  Jangan berlapar dan makan empat hidangan sihat sehari termasuklah sarapan.Makan secara perlahan-lahan,jangan langkau hidangan kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar dan makan secara berlebihan


10)  Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek pada waktu malam


11)  Pastikan anda mengambil makanan tambahan yang lain untuk membantu proses penurunan berat badan


12)  Minum banyak air 


13)  Usah diet terlalu drastik kerana ia boleh memberi kesan sampingan


14)  Elakkan mengambil pil pelangsing kerana ia mengundang mudarat


15)  Cuba ambil suplemen yang dapat membantu melancarkan proses penurunan berat badan


16)  Dapatkan sokongan rakan-rakan jika anda sedang berdiet.Semangat perlu kuat agar anda tidak terpengaruh dengan ajakan 'makan-makan'


17)  Seimbangkan zat dalam setiap makanan yang diambil mengikut piramid makanan


18)  Enam bulan sebelum majlis perkahwinan elakkan mengambil buah-buahan yang mengandungi tahap karbo yang tinggi seperti pisang.Gantikan dengan tembikai dan strawberi.Buah-buahan ini mampu membersihkan sistem dalaman badan


19)  Dalam tempoh empat bulan sebelum majlis,elakkan mengambil makanan pada lewat malam,terutama bagi anda yang mempunyai tahap metabolisma rendah.Dan jangan biasakan perut kosong.Ini akan mengundang bahaya.Anda akan makan lebih banyak apabila menjamah makanan


Tip Bersenam

20)  Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan,berjoging atau bermain badminton

21)  Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam,bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.Jadi,mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan sendiri

22)  Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit dan tiga hingga lima kali seminggu

23) Penurunan berat badan antara 2 hingga 3kg seminggu adalah lebih baik.Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1000 kalori setiap hari.Jadi,dalam tempoh sebulan,anda boleh kehilangan 6 hingga 12kg

24)  Pastikan anda sertakan semua diet dengan senaman pemberat atau rintangan untuk pastikan badan anda kental

25)  Dalam jangkamasa tiga bulan dari tarikh melangsungkan perkahwinan,elakkan melakukan senaman yang berat dan agak merbahaya.Ini untuk mengelakkan anda tercedera ketika melakukan senaman

26) Lakukan senaman seperti regangan pada perut.Ini kerana perut yang buncit hanya akan mencacatkan penampilan diri anda.Tidak mungkin ketika bersanding anda hanya mahu menahan nafas untuk  mengelakkan kelihatan perut buncit

27) Amalkan senaman ringan seperti melakukan kerja-kerja rumah secara bersendirian.Ini juga dikira salah satu cara senaman

28) Dalam jangka masa tiga minggu sebelum majlis perkahwinan lakukan senaman regangan pada perut,lengan dan paha.Ini kerana bahagian ini akan lebih kelihatan saat anda di pelamin kelak

29) Seminggu sebelum majlis hentikan segala aktiviti berat.Ia tidak mampu menurunkan berat badan lagi tetapi hanya akan kelihatan penat dan tidak bermaya.Saat ini anda hanya perlu rehatkan diri dan minda

Tip Kurangkan Tekanan

30)  Biasanya,kerisauan dan tekanan boleh mempengaruhi pola pemakanan anda.Sesetengah bakal pengantin megalami kerisauan apabila persiapan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu.Kesannya,mereka akan cepat berasa lapar

31)  Secara tidak langsung,anda ingin menikmati segala jenis makanan yang ada.Tentu akan menambahkan berat badan.Jadi,cuba bertenang dan selesaikan satu persatu agar anda tidak tertekan.Selalu beristigfar mampu meredakan ketengangan

32)  Luangkan masa melakukan rawatan wajah dan tubuh misalnya dengan teknik urutan aromaterapi.Cara ini boleh melegakan minda selain memiliki wajah yang cantik dan berseri

33)  Ambil masa untuk menikmati keindahan alam sekeliling.Tidak berkesempatan cukuplah sekadar 30 minit setiap hari mengambil masa untuk berjalan dan menikmati alam.Elakkan daripada memikirkan tentang majlis perkahwinan buat sementara waktu.Apabila sudah stabil anda mampu membuat keputusan yang lebih baik

34)  Dengan cara mengubah cara berdiet juga mampu mengurangkan rasa tekanan dan kerisauan.Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan anda.Ini mampu membersihkan sistem penghadaman anda

35)  Sebaliknya,ia menjadi satu kelebihan buat bakal pengantin jika kerisauan dan tekanan persiapan perkahwinan tergendala membuatkan anda kurang berselera untuk menyentuh makanan

36)  Lebih banyak berbincang dengan keluarga mengenai kelancaran majlis anda.Ini mampu mengurangkan rasa terbeban akibat banyak perkara perlu anda fikirkan

Petua Islami

37)  Amalkan meminum air teh 'o' setiap pagi sebelum menjamah sarapan pagi.Amalan ini boleh menurunkan berat badan secara berperingkat demi peringkat

38)  Untuk melangsingkan badan juga,amalkan mandi pagi iaitu sebelum subuh.Amalkan setiap hari bermula dari tarikh anda mula menetapkan tarikh pernikahan.Amalan ini mampu mengurangkan lemak berkumpul dalam badan dan menguruskan badan

39)  Ikut cara Rasulullah s.a.w iaitu meminum segelas air sejuk setiap pagi.Ini boleh mengelakkan anda terkena penyakit yang boleh menghilangkan seri pada hari pernikahan nanti

40)  Bagi anda yang sedia ada mempunyai masalah magrain dan takut ia berulang pada hari bersejarah itu,amalkan sesudah solat subuh disunatkan kita bertakafur (iaitu sujud selama lima minit).Ia mampu menyembuhkan penyakit migrain berikutan edaran darah yang betul kepada otak dan kepala

41)  Jika selama ini anda lebih gemar makan menggunkan garpu,ambil tempoh ini untuk makan menggunakan tangan.Dikatakan enzime banyak terkandung dicelahan jari,dan enzime-enzime ini mampu mercernakan usus dan penghadaman

42)  Jaga kulit wajah dan keluarkan bajet tertentu melakukan rawatan kulit wajah.Selain itu,selalu mengekalkan wudhu' mampu menaikkan seri tanpa perlu bersolek tebal

43)  Amalkan meminum air masak mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas setiap hari.Pengambilan air putih yang mencukupi mampu menghilangkan wajah kusam dan kulit menjadi lebih lembut

44)  Elakkan mengambil kafein yang berlebihan kerana kafein boleh menjadi kulit wajah lebih kering

45)  Walaupun anda bertudung jangan lupa mengenai kesihatan rambut.Mungkin suami anda lelaki pertama melihat keindahan rambut anda,jadi mulai dari sekarang belailah rambut dengan sihat.Jangan biarkan rambut kering tanpa mengenakan pelempap rambut

46)  Bijak tangani tekanan dan banyakkan beristigfar.Cara ini boleh membantu anda untuk terus awet muda dan tenang di samping lebih mudah memaafkan orang lain


-Hunnybee’s -