Thursday, 19 April 2012

Tips Hantaran dan Cenderahati

Assalamualaikum pretty..!

Untuk entry nie,i just nak share sedikit info yang sangat berguna untuk bride to-be di luar sana.Tips nie i dapat lepas baca majalah NUR keluaran khas Edisi Pengantin Muslimah.So,dengan tips yang i share nie maybe sedikit sebanyak dapat tolong bride to-be di luar sana membuat persiapan perkahwinan.Setiap wanita yang bakal berkahwin nak kan sebuah perkahwinan impian yang penuh gemilang dan barakah kan? macam tuh la jugak dengan i.tapi kita hanya merancang,Allah s.w.t yang menentukan segalanya.kita hanya mampu buat yang terbaik.selebihnya kita hanya berserah pada-Nya.

Ok jom tengok tips yang perlu diambil kira dan perlu di titik beratkan untuk hantaran dan cenderahati.. =)

1) Pilih konsep hantaran sama ada dari segi tema warna,jumlahnya dan barang yang ingin dihantar.

2) Dulang hantaran juga pelbagai dan harus mengikut konsep dan tema majlis,Ada dulang tembaga,perak,bentuk kotak,berhias,sangkar dan sebagainya.You all hanya perlu pilih ikut tema.

3) If you all menggunakan khidmat pembuat gubahan,biasanya dulang hantaran akan disewakan bersama-sama dengan alasnya.

4) Kalau boleh you all pinjam dulang hantaran daripada keluarga kerana ia akan menjimatkan kos.hehe :')
So,duit you all tuh boleh lah digunakan untuk keperluan lain. (memang penjimatan terhebat !)

5) Hantaran selalunya dalam kuantiti ganjil dan pengantin perempuan membalasnya dengan jumlah yang lebih daripada pihak lelaki.Sebagai contoh,jika pihak pengantin lelaki menghantar sembilan dulang,pihak pengantin perempuan harus membalasnya dengan sebelas dulang. (tapi nie tak wajib..selalunya lah orang buat macamnie)

6) Perkara yang paling penting! make sure hantaran tuh sesuai dengan tahap kemampuan kewangan you all.

7) Hantar barang yang perlu dan penting sahaja..( for me,membaloi kalau kite bagi barang hantaran yang untuk kegunaan pasangan)

8) Tentukan juga jangka hayat hantaran tersebut seperti cake,cupcakes,chocolate dan buah-buahan.

9) Cenderahati juga antara keperluan yang perlu difikirkan.Pertama sekali,you all harus pastikan ia termasuk dalam bajet perkahwinan.

10) Kemudian tentukan jumlah tetamu yang hadir.Pastikan kuantitinya lebih daripada tetamu jemputan agar setiap orang menerimanya.

11) Setelah kenal pasti jumlahnya,tentukan pula harga dan jenisnya

12) Hari ini bunga telur bukan lagi pilihan cenderahati,sebaliknya pelbagai pilihan disediakan.Cupcakes,chocolate dan manisan menjadi pilihan masa kini.You all juga perlu ambil kira bekas cenderahati berkenaan tau.


Source : Arma Wedding Couture


-Hunnybee’s -

No comments:

Post a Comment