|
Source Google |
Bergelar Ratu Sehari adalah hari yang paling bersejarah dalam kalendar kehidupan uda and dara.Kecantikan anda hanya milik si dia yang pastinya bertakhta di hati anda selagi hayat masih ada.Ayuh,anda masih punya masa untuk menyerlah kecantikan diri,dalaman dan luaran.Berusahalah agar anda terus dapat menawan hatinya sepanjang usia perkahwinan anda.
1) Harus diingat,berat badan yang anda idamkan tidak mungkin dapat dicapai dalam jangka masa suntuk.Peruntukan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perkahwinan bagi menjalankan program diet
2) Jangan sekali-kali mengimpikan untuk turun sebanyak 10kg dalam masa dua bulan.Diet tanpa kawalan atau secara drastik akan menyebabkan tubuh menjadi lemah akibat kehilangan otot dan tisu,bukannya lemak.Letak sasaran penurunan sebanyak 2kg setiap bulan.Penurunan sebanyak 12kg pasti sudah memadai bagi anda yang memiliki berat 60kg
3) Jangan kerana ingin mendapatkan tubuh yang langsing bagi menggayakan busana impian,anda menggunakan pendekatan diet secara ketat dan senaman yang ekstrem.Jauhi pil-pil kurus atau menahan lapar yang hanya mendatangkan kesan buruk kepada diri anda
4) Memilih makanan dari protein seperti ikan,ayam,daging,telur dan sayur-sayuran
5) Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi.Sebolehnya,elakkan daripada makanan bergoreng dan berlemak
6) Tambahkan makanan yang mempunyai kandungan serat yang lebih kerana memudahkan proses penghadaman dilakukan
7) Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan
8) Elakkan daripada minuman berkarbonat,kek,biskut,dan jem.Makanan seperti ini boleh membuatkan berat badan anda bertambah
9) Jangan berlapar dan makan empat hidangan sihat sehari termasuklah sarapan.Makan secara perlahan-lahan,jangan langkau hidangan kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar dan makan secara berlebihan
10) Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek pada waktu malam
11) Pastikan anda mengambil makanan tambahan yang lain untuk membantu proses penurunan berat badan
12) Minum banyak air
13) Usah diet terlalu drastik kerana ia boleh memberi kesan sampingan
14) Elakkan mengambil pil pelangsing kerana ia mengundang mudarat
15) Cuba ambil suplemen yang dapat membantu melancarkan proses penurunan berat badan
16) Dapatkan sokongan rakan-rakan jika anda sedang berdiet.Semangat perlu kuat agar anda tidak terpengaruh dengan ajakan 'makan-makan'
17) Seimbangkan zat dalam setiap makanan yang diambil mengikut piramid makanan
18) Enam bulan sebelum majlis perkahwinan elakkan mengambil buah-buahan yang mengandungi tahap karbo yang tinggi seperti pisang.Gantikan dengan tembikai dan strawberi.Buah-buahan ini mampu membersihkan sistem dalaman badan
19) Dalam tempoh empat bulan sebelum majlis,elakkan mengambil makanan pada lewat malam,terutama bagi anda yang mempunyai tahap metabolisma rendah.Dan jangan biasakan perut kosong.Ini akan mengundang bahaya.Anda akan makan lebih banyak apabila menjamah makanan
Tip Bersenam
20) Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan,berjoging atau bermain badminton
21) Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam,bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.Jadi,mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan sendiri
22) Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit dan tiga hingga lima kali seminggu
23) Penurunan berat badan antara 2 hingga 3kg seminggu adalah lebih baik.Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1000 kalori setiap hari.Jadi,dalam tempoh sebulan,anda boleh kehilangan 6 hingga 12kg
24) Pastikan anda sertakan semua diet dengan senaman pemberat atau rintangan untuk pastikan badan anda kental
25) Dalam jangkamasa tiga bulan dari tarikh melangsungkan perkahwinan,elakkan melakukan senaman yang berat dan agak merbahaya.Ini untuk mengelakkan anda tercedera ketika melakukan senaman
26) Lakukan senaman seperti regangan pada perut.Ini kerana perut yang buncit hanya akan mencacatkan penampilan diri anda.Tidak mungkin ketika bersanding anda hanya mahu menahan nafas untuk mengelakkan kelihatan perut buncit
27) Amalkan senaman ringan seperti melakukan kerja-kerja rumah secara bersendirian.Ini juga dikira salah satu cara senaman
28) Dalam jangka masa tiga minggu sebelum majlis perkahwinan lakukan senaman regangan pada perut,lengan dan paha.Ini kerana bahagian ini akan lebih kelihatan saat anda di pelamin kelak
29) Seminggu sebelum majlis hentikan segala aktiviti berat.Ia tidak mampu menurunkan berat badan lagi tetapi hanya akan kelihatan penat dan tidak bermaya.Saat ini anda hanya perlu rehatkan diri dan minda
Tip Kurangkan Tekanan
30) Biasanya,kerisauan dan tekanan boleh mempengaruhi pola pemakanan anda.Sesetengah bakal pengantin megalami kerisauan apabila persiapan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu.Kesannya,mereka akan cepat berasa lapar
31) Secara tidak langsung,anda ingin menikmati segala jenis makanan yang ada.Tentu akan menambahkan berat badan.Jadi,cuba bertenang dan selesaikan satu persatu agar anda tidak tertekan.Selalu beristigfar mampu meredakan ketengangan
32) Luangkan masa melakukan rawatan wajah dan tubuh misalnya dengan teknik urutan aromaterapi.Cara ini boleh melegakan minda selain memiliki wajah yang cantik dan berseri
33) Ambil masa untuk menikmati keindahan alam sekeliling.Tidak berkesempatan cukuplah sekadar 30 minit setiap hari mengambil masa untuk berjalan dan menikmati alam.Elakkan daripada memikirkan tentang majlis perkahwinan buat sementara waktu.Apabila sudah stabil anda mampu membuat keputusan yang lebih baik
34) Dengan cara mengubah cara berdiet juga mampu mengurangkan rasa tekanan dan kerisauan.Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan anda.Ini mampu membersihkan sistem penghadaman anda
35) Sebaliknya,ia menjadi satu kelebihan buat bakal pengantin jika kerisauan dan tekanan persiapan perkahwinan tergendala membuatkan anda kurang berselera untuk menyentuh makanan
36) Lebih banyak berbincang dengan keluarga mengenai kelancaran majlis anda.Ini mampu mengurangkan rasa terbeban akibat banyak perkara perlu anda fikirkan
Petua Islami
37) Amalkan meminum air teh 'o' setiap pagi sebelum menjamah sarapan pagi.Amalan ini boleh menurunkan berat badan secara berperingkat demi peringkat
38) Untuk melangsingkan badan juga,amalkan mandi pagi iaitu sebelum subuh.Amalkan setiap hari bermula dari tarikh anda mula menetapkan tarikh pernikahan.Amalan ini mampu mengurangkan lemak berkumpul dalam badan dan menguruskan badan
39) Ikut cara Rasulullah s.a.w iaitu meminum segelas air sejuk setiap pagi.Ini boleh mengelakkan anda terkena penyakit yang boleh menghilangkan seri pada hari pernikahan nanti
40) Bagi anda yang sedia ada mempunyai masalah magrain dan takut ia berulang pada hari bersejarah itu,amalkan sesudah solat subuh disunatkan kita bertakafur (iaitu sujud selama lima minit).Ia mampu menyembuhkan penyakit migrain berikutan edaran darah yang betul kepada otak dan kepala
41) Jika selama ini anda lebih gemar makan menggunkan garpu,ambil tempoh ini untuk makan menggunakan tangan.Dikatakan enzime banyak terkandung dicelahan jari,dan enzime-enzime ini mampu mercernakan usus dan penghadaman
42) Jaga kulit wajah dan keluarkan bajet tertentu melakukan rawatan kulit wajah.Selain itu,selalu mengekalkan wudhu' mampu menaikkan seri tanpa perlu bersolek tebal
43) Amalkan meminum air masak mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas setiap hari.Pengambilan air putih yang mencukupi mampu menghilangkan wajah kusam dan kulit menjadi lebih lembut
44) Elakkan mengambil kafein yang berlebihan kerana kafein boleh menjadi kulit wajah lebih kering
45) Walaupun anda bertudung jangan lupa mengenai kesihatan rambut.Mungkin suami anda lelaki pertama melihat keindahan rambut anda,jadi mulai dari sekarang belailah rambut dengan sihat.Jangan biarkan rambut kering tanpa mengenakan pelempap rambut
46) Bijak tangani tekanan dan banyakkan beristigfar.Cara ini boleh membantu anda untuk terus awet muda dan tenang di samping lebih mudah memaafkan orang lain
-Hunnybee’s -