Wednesday, 22 February 2012

Evening Primrose Oil

Assalamualaikum bloggers.. :)


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi diberi kesihatan dan kecantikan yang dianugerahkan-Nya dan kita masih berpeluang menikmati keindahan dan kenikmatan dunia yang serba indah nie.Okay,untuk entry hari nie i just nak share dengan you all serba sedikit tentang kebaikan 
"EVENING PRIMROSE OIL (EPO)"
i amalkan makan EPO nie since last six month..after so many recommendations from my friends.katanya bagus untuk kesihatan dalaman wanita.huhu..biasa lah i nie kan pantang kawan-kawan recommend product semua nya nak cuba.lagi-lagi bila bakal jadi isteri orang nie kan.of coz lah nak cantik-cantik depan suami nanti..(hehe..gedik pulak..tapi realitinya memang betol isteri wajib berhias depan suami..itu tanggungjawab!) So far,since i amalkan makan EPO nie memang okay and nampak different lah..
you all nak tau,kena lah try =)


Apakah Evening Primrose Oil (EPO)?? apa yang i tahu,EPO nie sejenis supplement.sangat bagus untuk diamalkan oleh kaum wanita.banyak benefitnya..:) Dekat mana nak beli EPO nie? Di pasaran sekarang nie,banyak jenis and brand EPO yang kita boleh dapatkan.dekat farmasi-farmasi macam Guardian,Watson, or Vitacare pun ada.i choose brand Naturalle.yang ade bunga kuning kat botol tuh..hehe..Normally,i beli kat Watson and Guardian je.mane-mane pun boleh.yang penting function dia same.EPO nie ada kandungan yang berbeza,ada 500mg,600mg dan 1000mg.Untuk EPO 500mg dan 600 mg,sehari kena makan 2 biji.Kalau yang 1000mg sehari just makan sebiji dah memadai..=) 


Kalau nak lagi bagus,ambik EPO yang kandungannya ada Omega-3 (minyak ikan kod).i rase ramai yang tahu kelebihan asid lemak Omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia.Selain dari mengurangkan risiko barah dan jantung,Omega-3 nie boleh cerdaskan minda,meningkatkan tahap kesihatan dan melambatkan proses penuaan.




Kebaikan Evening Primrose Oil (EPO)
  • Membantu mengawal atur kitaran haid
  • Melegakan Sidrom Sebelum Haid (PMS) -iritasi,sakit kepala,sakit payudara dan senggugut
  • Mengurangkan simpton putus haid - panas badan,peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat,muda berseri - bermanfaat lepada kulit yang kering,berumur atau berminyak
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
  • Wajah kelihatan berseri-seri dan mengurangkan jerawat

Before i amalkan EPO nie,i try carik info sebanyak mungkin pasal kelebihan pengambilan EPO nie.Actly,kandungan Gamma-Linolenic Acid (GLA) dalam EPO yang paling berkesan.GLA sangat penting untuk kulit.Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA.Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.




"LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO).GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup.Evening Primrose Oil (EPO) ini juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi.

Berdasarkan kajian,menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan,meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.


"Evening Primrose Oil (EPO),meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus,menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus,ketengangan 19.2 peratus,keletihan 22.2 peratus,kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus.Evening Primrose Oil (EPO) boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia,kosmetik, pendingin udara dan asap rokok "


 *        *      *       *


Sekadar berkongsi :)

Wanita solehah hanya berhias dan mempamerkan kecantikkannya hanya untuk suaminya.Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan wangi.Dalam sebuah riwayat diceritakan :

" Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita.Baginda menjawab : Yang menyukakan kamu apabila memandangnya.Apabila disuruh,dia patuh,menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu " - Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang remeh perkara ini.Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan suami dalam keadaan kusut masai,berbau,pakaian compang-camping dan sebagainya.lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada di rumah.

Sebaliknya apabila hendak keluar rumah,mereka berhias secantik mungkin untuk dipamerkan kepada lelaki yang tidak berhak melihatnya.Ini bukan sahaja tidak wajar,malah mengundang dosa besar dan musibah terhadap keharmonian rumah tangga muslim.

                                                     
-Hunnybee’s -

Monday, 20 February 2012

International Construction Week (ICW 2012)



Last wednesday,i ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sempena "International Construction Week (ICW 2012)". Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) yang terlibat dalam exhibition ini.i with my 'colleague' pergi time last day exhibition tuh..huhu =) my bos also involved dalam exhibition nie.Berlangsung pada 13 - 16 Februari 2012 bertemakan "TRANSFORMASI"

GreenBuild 2012

Registration rm20/entry

Exhibition nie untuk menonjolkan mekanisme,pemodenan dan amalan pembinaan terbaik bagi pihak yang terlibat dengan industri pembinaan sama ada dari dalam dan luar negara.ICW 2012 mengandungi 3 acara utama iaitu Construction Showcase,Persidangan/seminar dan Acara Khas seperti Malaysian Construction Industry Excellence Award (MCEIA) Award Night dan Construction Industry Career Fair.

new product
Booth JKR
abaikan badan saya yang semakin chubby =)

Bagi exhibition ICW 2012,Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil 6 booth dan mempamerkan output daripada semua cawangan JKR.Exhibition nie bermanfaat kepada semua yang terlibat dalam bidang kejuruteraan.


-Hunnybee’s -

Saturday, 18 February 2012

New MyKad

Assalamualaikum..hi bloggers!

Hari nie i tetibe excited sikit nak update blog..you know why?? i just received new MyKad.Pagi tadi,i and fiance rushing to JPN Putrajaya coz nak ambik i punya MyKad yang dah 4 hari siap.i buat MyKad nie last week 14/2/2012.siap 15/2/2012.Memandangkan,terlalu busy time ofice hour,so i decided ambik MyKad on saturday.nasib baik kaunter bukak tapi half day lah.so,nak kena pergi awal-awal pagi :)

Source : Google
Pengeluaran MyKad jenis dan ciri baru ini bermula January 2012.MyKad baru nie ada banyak ciri-ciri penambahbaikan dalam soal keselamatan..So,memang bagus lah sebab sekarang nie.terlalu banyak kes sindiket pemalsuan MyKad.Hopefully,bila JPN dah keluarkan MyKad baru nie dah takda lah masalah tipu menipu MyKad nie..more secure lah kan?? 



Apakah ciri-ciri terbaru MyKad dan apa kelebihan dan perbandingan antara MyKad baru dan lama??

  1. MyKad dengan struktur baru nie lebih berkualiti,menepati ciri-ciri keselamatan,lebih tahan lasak dan tak mudah rosak compare dengan MyKad lama.
  2. Cip baru yang lebih tahan lama dan seperti MyKad sebelum nie,cip lama mengalami masalah untuk membaca maklumat dalam kad terutama apabila berurusan dengan jabatan kerajaan dan bank.
  3. Rekabentuk MyKad baru nie ditambah baik terutama bagi mencegah pembuatan MyKad palsu.
  4. Mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan sebarang pemalsuan.
Source : Google
Kos untuk nak buat MyKad baru nie RM10 sahaja =) Tak wajib untuk ditukar..depends pada individu masing-masing lah.Kalau rasa-rasa nak merasa MyKad baru disyorkan untuk tukar.macam MyKad lame i memang patut kena tukar pun sebab cip bermasalah..tension sangat-sangat..:( setiap kali ada urusan penting and perlukan MyKad.i punya info semua tak dapat..especially time nak check KWSP kat kosik tuh.memang selalu problem..sadis sungguh!

So...apa lagi,you all yang berminat tuh cepat-cepat lah pergi JPN yang berhampiran..=)


-Hunnybee’s -

HIV Test

Untuk entry nie,i just nak share sedikit info regarding the HIV Test yang wajib bagi semua bakal pengantin buat baik lelaki mahupun perempuan.Kalau tak buat HIV Test nie,borang nikah tak boleh nak complete,so jawab nye tak boleh kahwin lah :)
Actly,HIV Test nie memang diwajibkan untuk semua pasangan a.k.a bakal pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga.Kenapa kena buat HIV Test nie?? ada baiknya,nie adalah untuk mengelakkan zuriat yang bakal dilahirkan nanti bebas dari jangkitan HIV.

Last tuesday,i and fiance cuti coz nak settle kan HIV test yang dah sebulan i booking..hehe =) ada yang cakap,terlalu awal untuk i nak buat HIV test nie.i dah tanya dekat klinik,tempoh sah HIV test nie 6 bulan..kami nikah 2 june so,okay lah kan? hurmmm..ada masa free,settle kan apa-apa yang penting coz after this fiance dah busy..al-maklumlah kerja dia tak menentu jugak.

One,Two,Three,Seven
I make that appointment last month dekat Klinik Tanglin,area Masjid Negara tuh..i memang selalu ke klinik nie coz dekat dengan ofice i,parking pun senang :) But,apa yang i tahu,tak semua klinik yang kena buat appointment.ada yang terus walk-in jew pun boleh..tapi Klinik Tanglin nie memang always fully booked! orang ramai,that's why kena make appointment dulu.

                 Appointment kami that day 2pm.so,pagi i and fiance runner JPN,Putrajaya untuk tukar i punya mykad (huhu..mykad baru..suke* i'll update soon!!)


while waiting my turn :)
Before this,i ingatkan HIV Test nie dibuat bersama pasangan.Tapi tak,lain-lain doctor pulak yang kami kena jumpa,First,number fiance dipanggil dulu,dalam 10 minit jugak lah my fiance kat dalam bilik tuh. i'm still waiting outside..huhu..seram sejuk jugak tetiba =) after 10 minute,turn i pulak.sorang nurse datang untuk ambik darah i kat jari,tak sampai 3 minute dah dapat tahu result.wah! express nye =) i ingatkan lama.

it's mine
HM punya borang ujian

After that,nurse tuh cakap suruh tunggu sekejap untuk jumpa doctor.kami di panggil untuk masuk bilik berasingan.First question yang doctor tuh tanya i.

" Awak tahu apa HIV? apa itu AIDS?
What is the different? dan macam mana HIV boleh berjangkit? "

hahaha..i actly confuse jugak HIV and AIDS nie.So,i pun apa lagi hentam and merapu saje lah,i just jawab je   apa yang i tau,nasib baik doctor tuh okay.then,dia explain kan semua.tapi bagus jugak at least,i dapat knowledge baru..:)

Alhamdulillah..kami takda pape masalah =)


-Hunnybee’s -

Friday, 17 February 2012

Doorgift

Assalamualaikum and hi readers....

yeay! it's Friday =)

       Tetiba i rase nak update entry pasal doorgift pulak.over excited* pulak i nie.mane tak nye,i just received the call from Kadlestari.my wedding card dah siap..huhu..sangat cepat okeh.i tak expect pun terlalu awal dapat,tapi takpe lah bagus jugak.so,nanti tak lah rushing..So,now i'm still waiting the bunting and V-box for printing..:) Fina,one of the staff dekat Kadestari call cakap card tuh dah boleh collect.But,i cakap dengan Fina.it's ok..i'll collect on first week of April.senang collect sekali dengan V-box and bunting.tak payah nak buat kerja banyak kali nak ulang-alik Shah Alam tuh..betol tak?? fina agreed,and dia pun tak kisah.thanks Fina sudi layan karenah i yang agak cerewet nie..haha..2,3 kali jugak tukar design kan? hehe..=)
 

        Alhamdulillah..doorgift dah beli ! Last 3 weeks,my family and i ke IKEA untuk borong doorgift for my wedding soon.doorgift nie untuk tetamu biasa.VIP doorgift lain pulak.doorgift untuk VIP i dah beli last 3 month.awal gile kan? tak pe lah..beli awal-awal bukan nya basi pun..hihi..lagipun,that time ade diskaun..so,apa lagi terus grab lah ! :)

over budget ke? huhu :)

orang kuat yang banyak bertungkus lumus :)
i bride yang duduk tengok je =)
     Before that,i dah survey banyak doorgift nie.memang banyak doorgift yang cute-cute sekarang nie.rambang mata you ouls =) But,after i had discuss with sista i finally choose bought all the doorgift untuk tetamu biasa kat IKEA.i memang nak bagi something yang tetamu boleh pakai,so tak lah membazirkan?? Kalau i bagi something like cute-cute stuff macam tuh tak semua orang akan simpan.So,takda memory lah untuk tetamu nak ingat wedding i nanti..hahaha ( perasan lebih,mcm lah ko nie anak vip or vvip,org nak igt kat ko..perlu ke?? )


what is it? surprise ! sape nak tau,kena attend wedding i nanti.nie belum DIY lagi tau..just wait,look and see ! =)

calculate,calculate -,+,-,+
si kecik nie pun orang kuat i jugak nie..huhu..

while waiting my brother

yeahh..!! i can't wait to DIY my doorgift..after this,deco,deco and deco =)


-Hunnybee’s -

Monday, 13 February 2012

46 tip Cantik dan Segar Melangkah Sebagai Isteri

Source Google
Bergelar Ratu Sehari adalah hari yang paling bersejarah dalam kalendar kehidupan uda and dara.Kecantikan anda hanya milik si dia yang pastinya bertakhta di hati anda selagi hayat masih ada.Ayuh,anda masih punya masa untuk menyerlah kecantikan diri,dalaman dan luaran.Berusahalah agar anda terus dapat menawan hatinya sepanjang usia perkahwinan anda.


1)  Harus diingat,berat badan yang anda idamkan tidak mungkin dapat dicapai dalam jangka masa suntuk.Peruntukan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perkahwinan bagi menjalankan program diet


2)  Jangan sekali-kali mengimpikan untuk turun sebanyak 10kg dalam masa dua bulan.Diet tanpa kawalan atau secara drastik akan menyebabkan tubuh menjadi lemah akibat kehilangan otot dan tisu,bukannya lemak.Letak sasaran penurunan sebanyak 2kg setiap bulan.Penurunan sebanyak 12kg pasti sudah memadai bagi anda yang memiliki berat 60kg


3)  Jangan kerana ingin mendapatkan tubuh yang langsing bagi menggayakan busana impian,anda menggunakan pendekatan diet secara ketat dan senaman yang ekstrem.Jauhi pil-pil kurus atau menahan lapar yang hanya mendatangkan kesan buruk kepada diri anda 


4)  Memilih makanan dari protein seperti ikan,ayam,daging,telur dan sayur-sayuran


5)  Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi.Sebolehnya,elakkan daripada makanan bergoreng dan berlemak


6)  Tambahkan makanan yang mempunyai kandungan serat yang lebih kerana memudahkan proses penghadaman dilakukan


7)  Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan


8)  Elakkan daripada minuman berkarbonat,kek,biskut,dan jem.Makanan seperti ini boleh membuatkan berat badan anda bertambah


9)  Jangan berlapar dan makan empat hidangan sihat sehari termasuklah sarapan.Makan secara perlahan-lahan,jangan langkau hidangan kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar dan makan secara berlebihan


10)  Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek pada waktu malam


11)  Pastikan anda mengambil makanan tambahan yang lain untuk membantu proses penurunan berat badan


12)  Minum banyak air 


13)  Usah diet terlalu drastik kerana ia boleh memberi kesan sampingan


14)  Elakkan mengambil pil pelangsing kerana ia mengundang mudarat


15)  Cuba ambil suplemen yang dapat membantu melancarkan proses penurunan berat badan


16)  Dapatkan sokongan rakan-rakan jika anda sedang berdiet.Semangat perlu kuat agar anda tidak terpengaruh dengan ajakan 'makan-makan'


17)  Seimbangkan zat dalam setiap makanan yang diambil mengikut piramid makanan


18)  Enam bulan sebelum majlis perkahwinan elakkan mengambil buah-buahan yang mengandungi tahap karbo yang tinggi seperti pisang.Gantikan dengan tembikai dan strawberi.Buah-buahan ini mampu membersihkan sistem dalaman badan


19)  Dalam tempoh empat bulan sebelum majlis,elakkan mengambil makanan pada lewat malam,terutama bagi anda yang mempunyai tahap metabolisma rendah.Dan jangan biasakan perut kosong.Ini akan mengundang bahaya.Anda akan makan lebih banyak apabila menjamah makanan


Tip Bersenam

20)  Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan,berjoging atau bermain badminton

21)  Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam,bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.Jadi,mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan sendiri

22)  Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit dan tiga hingga lima kali seminggu

23) Penurunan berat badan antara 2 hingga 3kg seminggu adalah lebih baik.Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1000 kalori setiap hari.Jadi,dalam tempoh sebulan,anda boleh kehilangan 6 hingga 12kg

24)  Pastikan anda sertakan semua diet dengan senaman pemberat atau rintangan untuk pastikan badan anda kental

25)  Dalam jangkamasa tiga bulan dari tarikh melangsungkan perkahwinan,elakkan melakukan senaman yang berat dan agak merbahaya.Ini untuk mengelakkan anda tercedera ketika melakukan senaman

26) Lakukan senaman seperti regangan pada perut.Ini kerana perut yang buncit hanya akan mencacatkan penampilan diri anda.Tidak mungkin ketika bersanding anda hanya mahu menahan nafas untuk  mengelakkan kelihatan perut buncit

27) Amalkan senaman ringan seperti melakukan kerja-kerja rumah secara bersendirian.Ini juga dikira salah satu cara senaman

28) Dalam jangka masa tiga minggu sebelum majlis perkahwinan lakukan senaman regangan pada perut,lengan dan paha.Ini kerana bahagian ini akan lebih kelihatan saat anda di pelamin kelak

29) Seminggu sebelum majlis hentikan segala aktiviti berat.Ia tidak mampu menurunkan berat badan lagi tetapi hanya akan kelihatan penat dan tidak bermaya.Saat ini anda hanya perlu rehatkan diri dan minda

Tip Kurangkan Tekanan

30)  Biasanya,kerisauan dan tekanan boleh mempengaruhi pola pemakanan anda.Sesetengah bakal pengantin megalami kerisauan apabila persiapan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu.Kesannya,mereka akan cepat berasa lapar

31)  Secara tidak langsung,anda ingin menikmati segala jenis makanan yang ada.Tentu akan menambahkan berat badan.Jadi,cuba bertenang dan selesaikan satu persatu agar anda tidak tertekan.Selalu beristigfar mampu meredakan ketengangan

32)  Luangkan masa melakukan rawatan wajah dan tubuh misalnya dengan teknik urutan aromaterapi.Cara ini boleh melegakan minda selain memiliki wajah yang cantik dan berseri

33)  Ambil masa untuk menikmati keindahan alam sekeliling.Tidak berkesempatan cukuplah sekadar 30 minit setiap hari mengambil masa untuk berjalan dan menikmati alam.Elakkan daripada memikirkan tentang majlis perkahwinan buat sementara waktu.Apabila sudah stabil anda mampu membuat keputusan yang lebih baik

34)  Dengan cara mengubah cara berdiet juga mampu mengurangkan rasa tekanan dan kerisauan.Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan anda.Ini mampu membersihkan sistem penghadaman anda

35)  Sebaliknya,ia menjadi satu kelebihan buat bakal pengantin jika kerisauan dan tekanan persiapan perkahwinan tergendala membuatkan anda kurang berselera untuk menyentuh makanan

36)  Lebih banyak berbincang dengan keluarga mengenai kelancaran majlis anda.Ini mampu mengurangkan rasa terbeban akibat banyak perkara perlu anda fikirkan

Petua Islami

37)  Amalkan meminum air teh 'o' setiap pagi sebelum menjamah sarapan pagi.Amalan ini boleh menurunkan berat badan secara berperingkat demi peringkat

38)  Untuk melangsingkan badan juga,amalkan mandi pagi iaitu sebelum subuh.Amalkan setiap hari bermula dari tarikh anda mula menetapkan tarikh pernikahan.Amalan ini mampu mengurangkan lemak berkumpul dalam badan dan menguruskan badan

39)  Ikut cara Rasulullah s.a.w iaitu meminum segelas air sejuk setiap pagi.Ini boleh mengelakkan anda terkena penyakit yang boleh menghilangkan seri pada hari pernikahan nanti

40)  Bagi anda yang sedia ada mempunyai masalah magrain dan takut ia berulang pada hari bersejarah itu,amalkan sesudah solat subuh disunatkan kita bertakafur (iaitu sujud selama lima minit).Ia mampu menyembuhkan penyakit migrain berikutan edaran darah yang betul kepada otak dan kepala

41)  Jika selama ini anda lebih gemar makan menggunkan garpu,ambil tempoh ini untuk makan menggunakan tangan.Dikatakan enzime banyak terkandung dicelahan jari,dan enzime-enzime ini mampu mercernakan usus dan penghadaman

42)  Jaga kulit wajah dan keluarkan bajet tertentu melakukan rawatan kulit wajah.Selain itu,selalu mengekalkan wudhu' mampu menaikkan seri tanpa perlu bersolek tebal

43)  Amalkan meminum air masak mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas setiap hari.Pengambilan air putih yang mencukupi mampu menghilangkan wajah kusam dan kulit menjadi lebih lembut

44)  Elakkan mengambil kafein yang berlebihan kerana kafein boleh menjadi kulit wajah lebih kering

45)  Walaupun anda bertudung jangan lupa mengenai kesihatan rambut.Mungkin suami anda lelaki pertama melihat keindahan rambut anda,jadi mulai dari sekarang belailah rambut dengan sihat.Jangan biarkan rambut kering tanpa mengenakan pelempap rambut

46)  Bijak tangani tekanan dan banyakkan beristigfar.Cara ini boleh membantu anda untuk terus awet muda dan tenang di samping lebih mudah memaafkan orang lain


-Hunnybee’s -



Inspired

       14 weeks to go..diam tak diam kan?cepatnye masa berlalu ..rasa macam banyak lagi benda yang belum settle..urrwghhh ~_^ super duper buzy woman lah i nie.sekarang,i kena hold dulu all my preparation.just nak concentrate dekat exam yang i akan hadapi on 5-7 march nie.Weekend pulak,dah 3 weeks i tak balik rawang.So,memang DIY doorgift i pending lah..dah 2 weeks i busy dengan make up for engagement.Last 2 week,my bff/housemate engaged.So,i kena make up kan dia.Then,last week pun ada job lagi make up kan shikin for her engagement day dekat Ampang.Tapi alhamdulillah..syukur..maybe rezeki yang Allah s.w.t bagi.Still ada lagi yang nak untuk i make up kan..=)


     Now,i'm not finalized yet the color for my reception day with caterer and pelamin by Azika Collection :( But,i already discuss with family and sista regarding the color.My sista agreed Yellow-Dark Purple.you know guys? my first planning,nak sangat-sangat color turquoise-pink or turquoise-yellow.yang penting ada turquoise color.i like that color:) But,hati sangat sedih bila first time i ke Azika Collection untuk choose dress for my reception.one of staff Azika said dress yang i dah book tuh,dah ada customer lain yang nak pakai.How come boleh jadi macam cengitu?? sedih nye..:( Padahal,i dah booking awal-awal lagi time Azika buat Festival Pengantin dekat Jusco Setiawangsa last year.memandangkan dah booking and deposit pun dah bayar.i terpaksa change my theme.Okay,i mengalah i choose the other color but same design.It's my wedding so of course i want it to be perfect.

      Pasal kes dress yang i dah book sudah di pakai orang.hati i betol-betol frusted! i had discuss with family i decided tak nak malam berinai.hati dah give up :( Lagipun,fiance pun memang tak nak.He said "leceh lah malam-malam berinai nie,nak kena tukar-tukar baju and bergambar lagi.tak yah la.." okay lah,i pun tak kisah and agreed with his desicion..=)

We now have solemnization on saturday nite and marhaban on sunday morning before the reception.

Turquoise - Yellow

Yellow-white

Aqua - Green
Blush - Silver - Cream
This combination color for my reception day =)

nice..love it !

-Hunnybee’s -

Sunday, 12 February 2012

T.G.I FRiDAY'S

        I went out on a date with my fiance last tuesday and we had T.G.I FRiDAY's at The Curve for lunch.This was my first time dining in FRiDAY'S,after so many recommendations from friends.

       The environment is nice with the interior design of the restaurant being simple but yet has that artistic touch.we were given two choices; to dine either outside or have our meals indoor.We opted for the latter.To be fair,we should try dine outside some other time so that we will have a better opinion on the mood the restaurant portrays.

       When i first stepped into the restaurant,i realised that i like the decorations there.The lighting is a bit off my liking but there was Astro.On a plasma tv some more..hah ! =)




There are lots of decorations everywhere in the restaurant,and you can spend your time in looking on these while waiting for your foods :)
i noticed that the restaurant uses stylish design
while waiting for our order.sempat lagik i captured this pictures =)

Took me a 10 minutes to decide what to eat..hehe =)

Sizzling Chicken and Cheese
A sizzling skillet of onions and peppers together with garlic-marinated chicken breast over melted,colby and jack cheeses.Served with cheddar cheese and mashed potatoes.

Chicken with peppers and mushrooms
sauteed chicken breast simmered with sweet and spicy peppers,mushrooms,tomatoes,capers and olives.
served with herb rice

HEINZ chilli and tomato sauce

Our Drinks

Strawberry Lemonade Slush
 A new option you won't find at the local  lemonade stand.A refreshing blend of the finest strawberries and lemonade

Blue Raspberry Slush
A tidal wave of fruit flavor with a mix of blue raspberry flavoring,lemonade and lemon-lime soda


Lastly,some desserts,very small cup but is just nice after some large plate of chicken.

Snickers Treat
Yummmy...!! decadent,sweet chocolate custard covered wtih chunks of chewy snickers bar =)

       Foods were served pretty fast,even there were many customers on the day i and fiance visited.Total price quite expensive for both of us.In this kind of environment, locations, foods deliciousness, decorations, servives, staff warm and kindness,i will say it is worth.


-Hunnybee’s -

IKEA

          
            Last week, we spent the day looking around the tv cabinet at IKEA.Kebetulan pulak that day Public Holiday sempena Thaipusam..So,orang memang ramai sangat-sangat.Jalan pulak jangan cakap lah.Time pergi ok lah coz kami lalu LDP.but otw balik lalu jalan Kepong - Selayang.memang tak hengat punya jamm..kami stuck hampir 2 hours..Then,terpaksa u-turn kat selayang untuk ke KL..urwgghhh...~_^ i and fiance ambik kesempatan cuti-cuti yang ada nie dengan complete kan barang-barang rumah.Coz after this,bulan march my fiance dah susah nak cuti.weekend kena keje..:)


           Survey punya survey tv cabinet fiance dah berkenan kat satu design nie.But i pulak tak suke.i actly,tak suggest and tak berkenan sangat beli furniture kat ikea nie..ermm..ntah i pun tak tau kenapa tak suke.Bagi i,design cantik tapi quality kureng..boleh ke cengitu? TAPI i suke beli barang-barang untuk decoration like candle,frame,flowers etc kat IKEA..superb cute okeyBut lain orang,lain citarasa kan? kan?


red color :)
pilihan my fiance
love the combination color.red and black !
finace berkenan yang ini.simple..
pilih.pilih.pilih =)
en.tunang suke tgk i excited pilih brg-brg umah  
like the decoration
candid by my fiance =)

Lastly,kami decided hold dulu tv cabinet..Insya-Allah next week nak survey kat area Ampang.i just bought some jar and frame for my DIY candy buffet and guest book.can't wait to DIY that! excited okeh *


-Hunnybee’s -