Showing posts with label ◕ Pregnancy ◕. Show all posts
Showing posts with label ◕ Pregnancy ◕. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

Khasiat Buah dan Jus Delima untuk ibu mengandung

Assalamualaikum mommies :)


Alhamdulillah..syukur masih diberi peluang untuk terus bernafas menikmati nikmat kurniaan ciptaan Allah s.w.t. Syukur alhmdulillah jugak masih diberi kesihatan yang baik.baby dalam perut nie pun alhamdulillah sihat membesar dengan baik.Last check up kat KKIA 15 Januari lepas. Dapat dengar jantung baby. alhmdulillah everything normal. anak mama sihat..mama and babah happyy...!

Untuk entry nie, i just nak share serba sedikit info kepada mommy to-be out there mengenai khasiat dan kebaikan mengamalkan buah delima dan jus delima ketika mengandung. Actually,before this i pun tak tahu sangat pasal kebaikan delima nie. After 2 month pregnant baru lah oficemates bagitahu yang buah delima nie banyak khasiatnya. i pun ape lagi terus lah 'google' sana sini.carik info mengenai kebaikan buah delima and jus delima. Rata-rata bloggers yang dah jadi mommy ramai yang tahu tentang khasiat dan kebaikan delima nie. i pun ape lagi,terus bagitahu husband suruh dia carik buah and jus delima.husband cakap, dia akan usaha untuk carikkan. Lepas 2,3 hari mencarik tapi tak berhasil. i saje lah post kat FB.tanya lah kawan2 mane boleh i dapatkan buah delima and jus delima nie.Kebetulan pulak, kawan time i study kat PUO dulu bagitahu yang adik dia sekarang kat Mekah, dekat sane ade jual buah delima. Buah delima mekah lagi bagus dan sedap katanya. i pun ape lagi terus lah order dengan kawan i tuh.siap tempah kurma nabi lagi..sekilo rm95. InsyaAllah i cume usaha mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan nanti..:)

Memandangkan nak tunggu delima dari Mekah lame sangat. Kebetulan ari tuh, i lunch kat Sogo. Lepas lunch, jalan2 kat supermarket bawah tuh.terjumpa lah buah delima.apa lagi terus lah beli 2 biji..sedappp...Then, ari tuh i pergi makan nasi beriyani kat Restoran Ruz Aladin Jalan Ampang, kat kaunter bayaran restoran i nampak ade jual jus delima. i beli 2 botol.Kata cashier restoran tuh, ramai jugak yang beli jus delima nie. Jus delima nie di datangkan khas dari Iran. rase nye sedikit masam. berbeza dengan buah. buah sedap dan manis sikit. Jus delima kalau nak lagi sedap minum sejuk2..


Tengok isi delima nie...merah..sedap...menyelerakan :)


INFO :-

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :-


  • MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
    • Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
  • DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
    • Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
  • MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
    • Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
  • MERANGSANG TENAGA BATIN
    • Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
  • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
    • Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
  • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
    • Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".
  • MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
    • Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
  • MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
    • Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
  • DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
    • Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
  • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
    • Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
  • MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
    • Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
  • MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
    • Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
  • MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
    • Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
  • MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
    • Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
  • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
    • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
    • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
    • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • MELINDUNGI OTAK BAYI
    • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
  • LAGI KHASIAT DELIMA :-
    • Melawan penyakit gaut
    • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
    • Merawat 'sinus'
    • Meningkatkan tenaga
    • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
    • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
    • Menormalkan fungsi hati
    • Menstabilkan peredarah darah
    • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
    • Mencuci darah kotor


i beli 2 biji kat Sogo..sebijik RM5.40..nie semua untuk kebaikan anak mama dalam perut nie...=)

Jus delima nie i beli dekat Restoran Nasi Beriani Ruz Aladdin dekat Ampang. Jus nie didatangkan khas dari Iran.rase nye sedikit masam..kalau nak sedap minum time sejuk..
TAHUKAH ANDA?

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah :
( Q : 55: 68 ) Maksudnya : "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta phon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tig akali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil bejus segar, manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang cina misalnya menyajikannya sewaktu perkahwinan kerana di anggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula,pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.


PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN BUAH DELIMA :-


  1. Menegangkan payudara
  2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
  3. Mencerahkan kulit
  4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
  5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
  6. Merapat dan mencegah kanser rahim
  7. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
  8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
  9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
  10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang :)
  11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
  12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
  13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)


-Hunnybee’s -





Wednesday, 9 January 2013

:: Supplement vs Vitamin ::

Assalamualaikum preggy mommy. Actually, banyak sangat story yang i nak share dengan mommy to-be kat luar sana. Lain orang lain experience kan time pregnant. i just nak share knowledge tentang supplement and vitamin yang i amalkan during my pregnancy.

Alhmdulillah..next week my baby turn to week 20 =) syukur..last check up doctor cakap baby sihat and active. Mama and babah happy sangat bila tengok baby movement dalam tummy mama.that's the best moment i 've never and ever forget! okay,jom tengok and cuci mata review yang i buat tentang supplement and vitamin yang i amalkan. Ini semua untuk kebaikan baby. Mommy2 kat luar sana pun sama kan,semuanya nak kan yang terbaik untuk anak yang bakal lahir nanti..same lah macam i jugak..:)

1) Folic Asid
- Nie daily basic supplement untuk support fetus development. Actually, folic asid nie i dah start ambik 1 month after married. ermm..ntah i dengar2 orang cakap pengambilan folic asid nie preparation awal untuk pregnant. i pun try je lah makan. Alhamdulillah rezeki after 2 month amalkan makan folic asid nie i dikurniakan rezeki.amin...tapi last week, time pergi check-up dengan Dr. Halim,dia suruh i stop makan obimin dulu.Katanya obimin perlu dimakan bila kandungan mencecah 5 month above. takut baby terlalu besar pulak nanti..huhu..So, buat masa sekarang i proceed folic asid je dulu.start week baru nak makan obimin balik..




2) Obimin
- First time check-up dekat KK masa tuh kandungan 6 weeks, nurse kat KK dah bagi makan obimin. Mula-mula pergi Klinik Idham,Melawati time tuh nak sahkan pregnant.Doctor kat Klinik Idham tuh pun bagi obimin suruh makan. So, i makan je lah..Obimin mengandungi iron,vitamins (A,B6,B12,C,D,B5),asid folik,kalsium,zat besi,iodin. Doctor panel hubby pun bagi obimin nie jugak suruh makan. Then,bila dah start check-up kat Dr.Halim kat Damai Hospital. Dr.Halim cakap early pregnancy tak perlu makan obimin..after 5 month baru proceed makan balik..



3) Calsium
- Nie i dapat time check-up dengan Dr. Halim..dia cakap baby memerlukan banyak calsium untuk teruskan  pembesaran.Sometimes, apa yang ibu makan baby tak dapat khasiatnya. So,pengambilan pil2 calsium nie
 In Sha Allah akan membantu baby untuk daptkan lebih calsium.




4) Noreen Fish Oil
- Yang nie i dapat time scan dekat Klinik Fauziah ,Ampang. Doctor kat sana cakap fish oil nie bagus untuk perkembangan otak baby..'cell development'. Fish oil nie doctor recommended dari early pregnancy sampai lah deliver,even time breastfeed pun boleh amalkan makan fish oil nie. banyak kebaikannya :). Doctor kat Klinik Fauziah nie pulak bagitahu.fish oil nie brand pape pun boleh untuk di makan. Kebaikan dan kelebihan dia same je..yang penting FISH OIL :)


5) Provas Fishcaps
- Huh! nie pulak sejenis fish oil jugak lah..nie pulak doctor yang i pergi check-up dekat panel Klinik hubby yang suggest. Doctor nie pun cakap fish oil nie bagus untuk diamalkan nanti kulit baby cantik katanya =) perkembangan otak baby pun bagus dan sihat. Hubby excited dengar kebaikan fish oil nie. So,dia suruh i amalkan makan supplement nie sampai 9 bulan. Tapi i rase, brand nie mahal sikit lah sebab ari tuh time check-up doctor bagi obimin and fishcaps nie je dah rm98+ for me mahal sikit la..kesian babah..tapi babah tak kisah.babah cakap apa saje untuk baby..thanks babah..love u!


6) Iron tablets
- Nie pulak i dapat time check-up kat KK. time tuh doctor bagi iron tablets nie suruh i makan sebab HB turun sikit. Selain dari banyak kan makan hati ayam,kerang, bayam,kangkung or sayur-sayuran hijau. Pengambilan iron tablets nie boleh membantu untuk menaikkan kadar HB..




7) Anmum Materna
- Dengar je susu i terus je rase mual nak muntah.hehe.serius,i bukan jenis pengemar susu.before pregnant segala jenis susu yang colornya putih i tak kan minum..haha..terukkan i nie..tapi serius lah..tekak memang tak boleh terima..i just boleh minum susu pekat,or whatever susu flavor strawbery and chocolate je ACCEPT vanila yang colornya putih i tak kan minum.Tapi since pregnant nie, i dipaksa oleh hubby untuk minum susu. nak tak nak i kena lah jugak minum. kadang mengelat jugak, tapi untuk nak pastikan i minum susu.hubby yang akan buatkan untuk i time2 malam before tido..hehe..dengan cara paksaan macamnie baru boleh minum kot..(konon nak manja2 lah tuh..~ngee) Untuk susu nie i start minum since 5 weeks pregnancy. Dapat tau pregnant je hubby terus pergi beli susu Anmum Materna flavor Chocolate. Alhamdulillah...i serasi dengan susu Anmum nie. tak sangka boleh pulak minum.susu nie tak muak dan kurang manis..sedap...!!!



8) NeuroGainPB
Ini adalah supplement tambahan baru i beli semalam..huhu..Dari hasik google and review dari blogger mommy,ramai yang makan NeuroGainPB nie.bagus katanya :) kebaikan dan kelebihan dia sama macam fish oil lain jugak. Ade yang cakap perkembangan otak anak lepas makan nie lebih cekap,lebih peka,active and mudah untuk menerima arahan/dengar cakap. i pun apa lagi, dah jatuh hati dengan neurogain nie.Lepas dah puas google i bagitahu hubby. Hubby pun semalam terus ajak g Caring pharmacy kat Melawati. Harga rm51.any mommy yang tau kat mane lagi boleh dapat kan supplement nie dengan harga yang murah lagi? sebab i dapat tahu ada yang beli below rm50..kat mane beli tuh? mane2 mommy yang tahu boleh share..sharing is caring..:) i ingat nak terus amalkan makan NeuroGain nie untill 9 month..In Sha Allah...
For more info boleh tengok kat sini NeuroGainPB :)





Nie lah rutin harian i.hari2 kena makan supplement and vitamin nie.Semua untuk kebaikan  baby. Mama doakan anak mama sihat ketika lahir nanti. Tak salah untuk kita berusaha ke arah kebaikan, semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.Kita usaha selebihnya kita serahkan pada Allah S.W.T..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bersalin..aminn....


-Hunnybee’s -

Thursday, 3 January 2013

Yay! tanamera item dah received =)

Assalamualaikum...urwgghh...hari nie seriously, memang tak de mood nak pergi kerja.mane tak nya, dah syok kot cuti 4 hari.So,ari nie nak bangun pagi nak pergi kerja sikit punya liyat..huhu :) erm..ntah lah tak tahu badan sekarang rase cepat letih lah..mengah..sekarang kalau masak kat dapur pun dah tak boleh nak berdiri lama sangat. kang mula lah kaki lenguh dan sakit.So,masak setakat mana yang termampu je lah..Opppss...! apa yang i merepek nie..melalut la pulak..hehe..just nak inform mummy out there barang yang selama nie i carik dah dapat dah pagi tadi.huhh..setelah puas mencari finally dapat jugak.my previous post Strecth mark! PLEASE go AWAY! last 3 weeks i pergi The Curve semata-mata untuk nak beli VCO tanamera nie.puas pusing2 akhirnya jumpa jugak Dynas Nursing Boutique.i and husband boleh pusing2 The Curve tuh sebab tak tahu pulak yang Butik Dynas nie dekat Centre Court.puas mencari.dah sampai kedai pulak. kami hampa sebab item tanamera yang dijual kat situ hanya set bersalin je. Dorang tak jual loose product..kecewa lah i..:( dah lah pergi The Curve semata-mata sebab nk carik VCO nie.

Lepas balik dari The Curve i gigih google and carik kat FB any person or butik yang jual tanamera.Then,finaallly i bought it dekat Facebook Ashiq Inn Spa lepas bermsg dekat fb dengan akak nie.dia recommend i brown body soap.katanya bagus.hehe..i pulak jenis pantang kalo orang cakap product nie bagus.terus lah nak mencuba.lagipun takde lah mahal sangat..sabun rm15 n VCO rm36.postage kos rm6..So,total rm57 ok lah kan..=)



 

-Hunnybee’s -





Wednesday, 21 November 2012

*Excited 1st time scan*

So where shall I start? hehe...

Hari nie i just nak share sikit experience masa first time pergi scan.huhu..Last month time i pergi check-up dekat Klinik Kesihatan AU2, doctor tak suggest scan lagi sebab usia kandungan terlalu awal,time tuh baru 8 weeks. Kalau scan pun tak nampak. So,doctor suruh i datang balik bila usia kandungan mencecah 4 bulan. Tapi i and husband memang jenis tak sabar.Yela..i bukan ape menurut cerita kawan-kawan yang dah berpengalaman nie.Dorang time mula-mula dapat tahu pregnant je terus pergi scan. Nie sebagai satu langkah baik sebab kita boleh tahu kandungan kita tuh ok ataupun tak.
yela..takut jadi kandungan luar rahim.

Lepas kawan-kawan semua nasihatkan suruh pergi scan.i bagitahu husband. Husband pun setuju. Bagi dia,mana baik untuk baby.dia ikutkan je.hehe..i explain kat husband kalau nak scan dekat government boleh tapi lambat lagi, kena tggu 4 bulan baru doctor kat government nak scan. Tapi i and husband memang excited dan jenis tak sabar.usia kandungan 9 weeks kami decided nak scan just untuk nak tahu kandungan and kedudukan baby ok ataupun tak. Kami decided pergi Klinik Fauziah dan Rakan-rakan dekat Ampang.nie pun best friend i yang recommend.Dia cakap clinic nie best semua doctor dia perempuan.sebab my friend pun scan kat sane.So lepas balik kerja, malam kami terus ke Klinik Fauziah dan Rakan-rakan. Kebetulan time pergi tuh ramai pulak patient.tapi nak buat macamne.sabar je la kan..

SubhanaAllah..syukur Alhmdulillah.....:)

Masuk je bilik doctor, i cakap nak scan.doctor suruh baring.i pulak sibuk suruh husband ikut sekali. nak suruh en.husband tengok sekali hasil baby kami..huhu..Time baring tuh doctor sapu sejenis gel kat perut nie.sejuk je rase nye.hehe.jeng2..huwaaaa...doctor cakap.ehh..nampak tak baby awak tuh..nie kaki dia, nie tangan dia.dah ade tau..i macam blurr..terkejut and nak mengalir dah air mata time tuh..then,doctor explain kat mane kedudukan baby,kat mane pundi kencing and kat mane salur peranakan.ok now i dah  faham.sebab mula2 tengok dekat skrin scan tuh memang tak faham..hehe..al-maklum lah tak de experience sebelum nie.Then,doctor cakap ok kita dengar heartbeart baby pulak ye..then,doctor panggil husband i..papa dia meh sini dengar jantung baby..hehe..SUBHANALLAH....serius i dengar heartbeat baby tuh..alhmdulillah..doctor cakap semua nya normal.baby pun berada di tempat yang betul.means kandungan i bukan luar rahim..alhmdulillah...amin...

bila tengok picture nie..jadi tenang and tersenyum sorang2..hehe..

Keluar je clinic tengah jalan ke kereta.i nangis.nangis bukan sedih tapi terlalu happy,terkejut semua perasaan ada.Ya Allah besar sungguh nikmat anugerah yang kau berikan dan diciptakan buat kami. Aku bersyukur atas nikmat kurniaan rezeki yang telah kau berikan..amin...i cakap dengan husband i sedih. husband cakap,nak sedih and nak nangis buat ape.sepatutnye happy la sebab kite nak ade baby. yang husband dari tadi asyik duk sengih and senyum je..suke leteww...=) mybe naluri lelaki tak rase ape yang i rase.sebab baby tuh takde dalam tummy dia.naluri seorang bakal ibu nie lain. eh2..nape i nie tetibe jadi sensitive and emo pulak nie kan..hehe..Btw,syukur alhmdulillah..doakan i and baby sihat dan permudahkan segala urusan sepanjang tempoh kehamilan nie sehingga la bersalin...



-Hunnybee’s -