Monday, 27 August 2012

Tart Nenas

Assalamualaikum...


hehe..mood masih lagi berhari raya. Monday Bluessss..urwgghhh...malas nya nak g kerja..yela..cuti raya dah syok seminggu.aleh2 ari nie kena jalankan rutin macam biasa pulak.nak buat macamne kan.mencari rezeki.kalo tak kerja,mane datang duit nye kan?kan? ok lah..tak nak mengarut lebih2 memandangkan kite semua masih dalam mood raya,makan pun macam-macam kan time raya nie.bulan puasa berat badan turun 5 kg tapi time raya makan tak hengat ambek ngko..berat badan naik berganda2..hahaha..redha je la....nak wat macamne kan nafsu makan dah tak boleh control.nie i nak share resepi TART NENAS yang i try buat for the first time sebagai wifey..hehe :) Before this,tiap-tiap tahun time buat biskut raya selalu bergantung dengan my sister.tapi sekarang dah kahwin kena lah belajar dan gigihkan diri nie untuk cuba buat sendiri.Alhamdulillah..husband pun bagi support and yang tak tahan tuh semangat jugak suami menolong gulung tart and menjaga oven..thank you so much en.suamiku! :)


TART NENAS

Bahan-bahan :-

250gm butter ( i guna buttercup)
30gm gula aising
1/2 sudu teh vanilla
1/4 sudu teh garam halus
340gm tepung gandum (diayak)
20gm tepung jagung (diayak)
jem nenas secukupnya untuk inti (digentel siap-siap)

Untuk glaze diatasnya :-

1 kuning telur
1 sudu teh susu pekat
sedikit garam halus
sedikit air
(semua bahan glaze disebatikan)

Cara membuatnya :-

1) Pukul butter bersama gula aising 3 minit
2) Masukkan garam dan vanilla seterusya tepung
3) Gaul sebati dengan kuning telur yang dipukul terlebih dahulu
4) Masukkan dalam acuan nastar paipkan memanjang secara terbalik (yang bunganya sebelah bawah dan yang bahagian rata sebelah atas)
5) Isikan inti jem,gulung dan potong
6) Aturkan potongan tat ini ke dalam petitin/loyang yang disapu butter
7) Apabila nak bakar barulah sapu glaze (sebelum tuh jangan lupa untuk panaskan oven dahulu)
8) Bakar pada suhu 170'c - 180'c selama 20 - 25 minit


Tart Nenas yang dah disapu glaze


Sedia untuk masuk dalam oven :)

  
Untuk raya nie i dapat buat 2 adunan,so dapat 5 balang dapat lah bagi kat mak mentua and  my sista =)
 




-Hunnybee’s -


Thursday, 16 August 2012

Sayu ;(

Assalamualaikum..
Pagi jumaat yang tenang.Terima kasih Allah S.W.T masih memberi peluang untuk  meneruskan hidup nie.
ehh..nape hari nie tetibe i jadi sedih dan sayu hati sangat ek? sensitive pulak tetibe..:) Here's the story :
Hari nie on the way pergi ofice and tengah menghadap jamm sambil dengar pulak lagu raya pagi2 buta.mood jadi sedih sangat-sangat.tak tahu lah kenapa.Hati nie tetiba terdetik dan teringat orang-orang sekeliling selalu tanya i the same question.
"AS DAH PREGNANT BELUM??"
"AS DAH ADE ISI KE BELUM?".hati nie tetibe sedih.sentap.apa lagi tengah drive terus ambik phone msg suami..

Isteri : Abg, bile turn kite untuk dapat baby?

Sampai je ofice,husband baru reply msg.maybe husband lambat reply sebab dye pun on the way to ofis..tak pe,i faham..

Suami : Sayang..Insya-Allah ada rezeki kang kite dapat lah baby.kite usaha Allah yang menentukan semua nye.
                                             
Isteri : Ramai duk tanya2 sayang dah pregnant ke belum.sometimes sayang jadi stress tahu tak.Pastuh,ada yang cakap,yang kawin same date  and lepas kite dah pregnant.

Suami : Sabar sayang..tuh perkara biasa.tuh semua kerja Allah Taala kite sebagai manusia kena banyak bersabar.sebab yang beri rezeki,anak,harta semua kuasa Allah.So,kite kena sabar.tuh je...

Isteri : i hanya mampu diam.sedih :(

Suami : Sayang,tak mau sedih2 tau,sekarang nie abg bahagia hidup sebagai suami isteri dengan sayang.Abg,dah cukup syukur ada sayang dalam hidup abg.Sayang..rezeki kite ada.tapi,kite kena banyak2 sabar ok.maybe belum turn kite.Lagipun kite bukan merancang kan.mungkin nie ujian Allah Taala yang diberikan pada kite.setiap kejadian yang berlaku ada hikmah nye sendiri,kite mungkin tak tahu.tapi yang mengetahui ialah Allah Taala.Allah S.W.T yang lebih berkuasa.
                                                                      

Alhamdulillah kata-kata dan semangat suami pagi tadi buatkan diri nie lebih yakin yang rezeki kami ada tapi maybe belum masanya lagi.Alaa..relax lah i kawin pun baru nak masuk 3 month.
(kata2 utk nak sedapkan hati sendiri )

Suami, thanks kerana memahami.I am honestly happy with u.But,sometimes I became overly sensitive and emotional when others always asked me the same question.pregnant.pregnant.and pregnant.

As much as I wish for a baby.God knows best.He probably knows something I don't.He probably has better plans for me.For us.

But that won't stop us from trying.And I'll wait for my turn to come.I'll try and I'll wait patienty.Insya-Allah.

'DOA' the most important thing for me.and For us =)



-Hunnybee’s -



Wednesday, 15 August 2012

Sabelle SPA

Assalamualaikum pretty :)

Hari nie mood tengah baik nak update blog..hehe..setelah sekian lame tak meng'update' pasal review wedding.You all sure bosan kan? entry i pasal wedding,wedding and wedding.Padahal wedding dah 2 month kot.hehehe :) but,i DON'T CARE! nak update jugak.sape nak baca.just baca.sape tak nak baca..abaikan okey.i bukan ape sekadar nak berkongsi pengalaman i sepanjang buat persiapan wedding tempoh hari.At least,bila i share sikit experience and review bride-to be kat luar sana boleh lah tau and prepare serba sedikit betul tak? Kalau 'BAD' review tuh,tak payah lah you all nak survey-survey kan? but i just share dengan bloggers out there and bakal B2b.depends kat you all lah pulak lepas tuh nak decide macamne for your big day.tapi percaya cakap i,semua orang nak kan yang terbaik and perfect time wedding kan? tapi kita hanya merancang..Allah S.W.T knows best..=)

Nie i nak review sikit pasal Sabelle SPA.1 week before the akad nikah i pergi SPA untuk nak relax2 badan lah konon nye..hehe :) tapi serius you all nak tau tak.memang best gile SPA nie.service terbaeekk...!! Detail kat bawah nie package yang i ambik untuk wedding i that day.TIPS untuk you all kalau nak murah beli kat MYDEAL.memang berbaloi-baloi.
i pun purchase kat MYDEAL promotion..banyak you all boleh save tau :)



Highlights
  • 78% OFF 90 mins Full Body Pampering Treatment: Full Body Aromatherapy Massage + Milk Back Scrub & Mask + Brightening Eye Treatment + Detox Ginger Tea @ SaBelle Spa (Crown Regency Serviced Suites)
  • Only RM58 instead of RM264
  • Conveniently located at Crown Regency Serviced Suites, Kuala Lumpur (3-5 mins walk from KLCC)
  • Treatment duration: 90 mins
  • Treatment uses award-winning Tanamera products
  • Pamper the senses with a:
    • Full body aromatherapy massage (60 mins)
    • Milk back scrub (10 mins)
    • Milk back mask (5 mins)
    • Brightening eye treatment (15 mins)
    • Glass of detox ginger tea
  • Treatment benefits:
    • Smoother, brighter and younger looking skin
    • Melts away knots, muscle tension and stress
    • Regulated energy flow within the body
    • Improves sleep quality
    • Relieves muscular pain
    • Releases toxins


Relaxation is the bane of sanity, the indulgence of youth and a restorative for old age.



Weary souls, surrender the senses to healing hands that will rejuvenate mind, body and soul in an indulgent full body pampering treatment at SaBelle Spa for only RM58 instead of RM264!

Let the mind drift away as tired and sore appendages surrender their fate in the hands of skilled therapists during the soothing aromatherapy full body massage. 





-Hunnybee’s -

Thursday, 9 August 2012

Ayam goreng kunyit






Ayam goreng kunyit menu yang paling mudah dan senang sangat-sangat.Selalunya,kalau balik kerja i tak sempat masak.Nie lah juadah yang selalu i hidangkan untuk suami bile tak sempat masak lauk or bile dah malas dan keletihan.Yela...kebayakkan isteri sekarang semuanya bekerja kan.So,kalau balik kerja badan penat.leceh nak masak lauk pauk yang rumit nie.i just goreng ayam je ;) So,isteri-isteri di luar sana.try lah masak ayam goreng kunyit nie.Budak-budak pun suka makan lauk nie.Huhh...nie lah menu i yang sangat simple.tapi sedap bila makan dengan nasi panas..hehe :) Boleh jugak kalau nak tambah hati atau pedal ayam goreng..=) macam i ari tuh,i campur sikit dengan pedal ayam.coz suami suke makan pedal ayam goreng garing-garing =) Selain dari ayam,boleh jugak masak sotong goreng kunyit..ikut citarasa dan selera masing-masing.


BAHAN- BAHAN :-

3/4 ekor ayam, potong pada saiz sederhana
300 gm pedal ayam ( terpulang kalau tak nak letak pun boleh )
1 camca besar serbuk kunyit (i guna serbuk kunyit ADABI)
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris ( i letak cili merah je,sebab tuh je yang ade )
1 ulas bawang putih, hiris halus
4 batang kacang panjang (dipotong 1 inci panjang)
1/2 batang carrot (dipotong memanjang spt batang mancis)
3/4 bunga kubis (optional*)


CARA MEMBUATNYA :-
  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya.Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh). Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat tak payah perap, kalau perap lagi sedap).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana, tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat, biar dia lembap2. Angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili merah serta kacang panjang,carrot dan bunga kubis*. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..
Selamat mencuba :)

-Hunnybee’s -

Tuesday, 7 August 2012

Henna


Solemnization 2 June 2012

Groom's Reception 9 Jun 2012



Ramai yang tanya i where did I do my henna.They especially commented that the henna was dark red in colour,something they have rarely seen.



I love dark red henna by Sheema Henna Artist

I memang dari dulu lagi berangan nak berinai time wedding.Bukan nak inai jari je,i nak inai yang siap dengan draw kat kaki and tangan.After looking at how beautiful a bride's henna i pun started searching for henna artist.my previous post Looking for Henna Artist After many henna i was trying.hati tertarik dengan Sheema Henna Artist.I was suprised by how expensive people can charge for henna drawing.One lady I asked quoted me RM350-RM450 for both hands and feets.Honestly,i rase sangat tak berbaloi spend RM200++ just for henna.Better,duit yang ada tuh digunakan untuk benda-benda lain yang lagi penting.Betul tak? =)




I actually mencari henna artist nie just a month before my big day.I tengok dan survey profile Sheema and berpuas hati dengan hasil kerja yang Sheema buat.That time,nasib i baik sebab Sheema still sudi nak buatkan inai untuk i.yela..you all tahu kan.time wedding i tuh cuti sekolah.So,ramai yang wedding time tuh.2,3 person yang i tanya pun kebanyakkan nye dah full booked ;(

Sheema doing drwing henna full time.I had to go her house in Puncak Alam.First time i jumpa Sheema,memang friendly person.Can u imagine that,i punya henna dia buat almost 5 hours.Sebab syok sangat menyembang sampai tak sedar dah tengahari.Sheema memang sporting and sempoi gilerr....:)


 
While Sheema was drawing,i sempat jugak tanya dia ingredients inai yang dia digunakan.Dia cakap all the ingredients dia buat sendiri.Sheema mula-mula draw henna nie since 15 years if i not mistaken.
Bride's Reception 3 Jun 2012


So,you girls and bride to-be out there,if you have not booked your henna just yet,do check Sheema Henna Atrist.I was garranty,Sheema tak kan kecewakan you all..



I love her henna so much :)



-Hunnybee’s -

Monday, 6 August 2012

D'ara Catering Services

Assalamualaikum...untuk entry nie i just nak share sikit review time reception i that day.Untuk reception on 3 June i chooce D'ARA CATERING SERVICES sebagai caterer.Actly, time booked catering nie i langsung tak discuss with my family.i booked since last year tau time tuh D'ara Catering join Festival Pengantin dekat Jusco Setiawangsa.Lepas i booked, baru inform my family.3 month before my big day i bawak my family pergi food testing kat Damansara.You know guys apa my family cakap? dah..tak payah carik caterer lain lagi.D'ara Catering dah ok.services bagus.dan yang paling penting makanan memang sedap.my brother suke daging masak hitam.pedas.sedap ! i tak tahu macamne lagi nak cakap.tapi serious you all mane yang still mencari caterer for your special day.i suggest D'ara Catering.memang a bit expensive but worth it and serious memang puas hati.services memang terbaeeekk..congratz Kak Zety.Hope D'ara Catering dapat kekalkan mutu makanan dan services yang bagus.Decoration pun cantik.Canopy pun cantik.Semua tip top lah...Rezeki berpihak pada i pulak time booked caterer nie i bertuah sebab D'ara Catering buat cabutan bertuah untuk customer yang buat tempahan.i dapat number 3 dalam cabutan bertuah tuh.So,dapat lah Panasonic Vacuum..okay lah kan..
my rizkh :)


Jom review decoration,food and canopy dari D'ara Catering.Sorry ye Kak Zety i ade copy sikit picture dari FB D'ara Catering.






nice decoration



sangat suke dengan canopy nie.thanks a lot D'ara Catering :)









For more info boleh contact D'ara Catering Services :-
Lot 1029,Jalan Cempaka
Kayu Ara, Damansara
Selangor Darul Ehsan
Tel : 019-3367136 (Zety) / 019-2177520 (En.Din)
Email : d_ara_catering@yahoo.com
Website : Www.daracatering.com
YM : d_ara_catering




PETA LOKASI




-Hunnybee’s -