Tuesday 1 May 2012

Tip Foto dan Video

Perkhidmatan jurugambar dan juruvideo juga diperlukan ketika majlis perkahwinan kerana momen indah itu akan menjadi kenangan abadi dalam hidup bride to-be dan pasangan..=) Sebelum mendapatkan khidmat berkenaan you all perlu bertanya beberapa soalan terlebih dahulu !

1) Bolehkah merakam gambar wedding yang diadakan di luar Kuala Lumpur? Jika ya,tanyakan mengenai kos tambahan yang terlibat

2) Tanya mengenai pengalaman dan lihat contoh hasil kerjanya.Jika ia professional sudah tentu hasil kerjanya terbaik dan menarik.

3) Pastikan juga mengenai harga yang ditawarkan dan kenapa ada perbezaan harga setiap jurugambar.Selain pengalaman,harga yang berbeza juga bergantung kepada peralatan yang digunakan,kualiti produk dan perkhidmatan tambahan yang diberikan.

4) Tempoh yang diambil untuk menyiapkan kesemua gambar dan video.Biasanya ia mengambil masa dua minggu.Tetapi ia juga bergantung kepada kerumitan kerja dan pakej yang dikehendaki pelanggan.

5) Jaminan mengenai kehadiran jurugambar pada hari majlis berlangsung.Jika ada kecemasan seperti sakit,adakah ada jurugambar pengganti.Bagaimana jika mereka tidak hadir sedangkan deposit sudah dibayar.

6) Untuk kualiti yang maksimum,dapatkan jurukamera yang mengkhusus dalam rakaman majlis perkahwinan.Pastikan you all melihat contoh hasil kerja jurukamera berkenaaan terlebih dahulu.

7) Adakalanya jurugambar dicadangkan oleh mak andam.Namun you all harus pastikan jurugambar berkenaan benar-benar professional.Selidik latar belakang dan hasil kerjanya terlebih dahulu supaya duit yang you all bayar berbaloi dengan hasil kerjanya.

8) Tempahan jurugambar juga harus dibuat lebih awal agar anda tidak berhadapan dengan masalah tiada jurufoto pada saat akhir dan tentu ini mengecewakan.Tempoh yang ideal membuat tempahan adalah enam bulan sebelum tarikh perkahwinan.

9) Kebanyakan jurugambar meminta deposit sebanyak 50% daripada keseluruhan pakej kerana mereka tidak akan mengambil tugasan lain pada tarikh yang sama.Jika anda membatalkan tempahan pada saat akhir mereka tidak rugi.

10) If you all kurang bajet,you all still boleh berunding dengan mereka dan nyatakan bajet dan mereka boleh menawarkan pakej tertentu.

11) Lakukan beberapa perjumpaan dengan jurugambar untuk berbincang agar segalanya berjalan dengan lancar.

Source : Saiful Nang Photographer


-Hunnybee’s -

No comments:

Post a Comment